? ??????????????Lost in the View? ????? ?? ???Rating: 4.1 (14 Ratings)??423 Grabs Today. 7406 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Snowy Winter? ????? ?? ???Rating: 4.2 (42 Ratings)??371 Grabs Today. 8818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

16 February 2010

Sejarah Malaysia (1800-1840)

Sejarah Malaysia 1800-1840


1800-1840 (Apa yang berlaku dalam masa 40 tahun).



Ekonomi.

- Keperluan dapatkan hasil sesuai dengan keperluan di dunia barat. Barat berlumba lumba untuk mendapatkan tanah di seberang laut.

- Negeri negeri Selat yang menentukan jatuh dan bangun negeri Melayu yang lain/ Permulaan British bertapak di Negeri negeri Melayu.

- Ekonomi negeri Melayu bermula daripada Negeri Selat ke negeri Melayu yang lain.

- Kemasukan imigran luar daripada China dan golongan pemodal daripada China yang berpusat di Singapura.

- Singapura dimajukan sebagai pusat bandar (metropolis),Pusat perdagangan, Pusat Perubahan dan pemodenan. Adanya sistem matawang (Bank).

- Singapura sebagai perlabuhan bebas yang Bertaraf Dunia.

- Bermula proses pendagang, pemodal, pengusaha melabur (Markatalisme).

- Saudagar saudagar negeri selat yang ada modal berjaya mendapat konsesi di negeri negeri Melayu dan membuka ladang sendiri.

- Negeri Selat telah berkembang dengan pesat kerana perdagangan begitu maju. Ramai saudagar negeri Selat telah menjadi kaya. Dengan kekayaan itu mereka ingin melabur lagi dan negeri negeri Melayu dianggap sangat sesuai dibangunkan. Saudagar British terutamanya menjadi semakin berpengaruh. Sebilangan besar datang ke negeri negeri Selat terutamanya ke Singapura pada tahun 1820 -an dan 1830- an.

- Selepas tahun 1786 Pulau Pinang diambil menyaksikan kemasukan orang Cina semakin ramai . Proses ini menjadi lebih pesat apabila Singapura dibuka pada tahun 1819 iaitu Singapura sebagai Pusat Imigrasi.

- Pertanian juga menjadi mata pencarian penting bagi penduduk awal di Pulau Pinang dan Singapura.

-1820-an. Di Singapura telah diusahakan tanaman gambir dan lada hitam.

- Selepas 1826 wujud golongan pendagang dan profesional dalam bidang ketenteraan, perkhidmatan dan bidang lain. Wujudnya proses pembandaran.

- 1826-1874- Singapura mencapai tahap sebagai pusat pertahanan dan perdagangan.

- 1830-an- Di Pulau Pinang telah dimulakan usaha usaha membuka ladang tebu di Seberang Perai. Diusahakan oleh golongan Cina.

- Semakin banyak lombong dibuka di negeri negeri Melayu Barat. Mula mula oleh Pembesar Melayu yang mengupah pekerja Cina.

- 1840-an- Keadaan berubah menyebabkan saudagar saudagar negeri Selat yang mempunyai modal berjaya mendapat konsesi di negeri negeri Melayu dan membuka lombong sendiri.

- Geografi Singapura yang menyebabkannya sesuai sebagai pusat perkhidmatan dalam ekonomi (Markatalisme)- Pusat Perdagangan.

- Proses pendagang/pemodal/ pengusaha- melabur ke semenanjung- Semenanjung support negeri selat.

- Britian sebagai kuasa perdagangan dan tentera No 2 di dunia pada masa ini.

-1800-1840: Tak Formal- Singapura.

-1800-1874: Formal- Negeri negeri Melayu.

-74 tahun untuk campurtangan secara formal.

- Selepas 1840- Singapura transformasi iaitu melahirkan golongan pengusaha dan mengikut konsep ekonomi seperti di Eropah.

- 40 tahun penglibatan awal di Singapura dan 30 tahun di Negeri Melayu yang lain.

- 1874- Suatu peringkat yang menunjukkan perubahan di negeri negeri Melayu. Berlakunya dinamika dalam ekonomi, sosial dan politik. Juga sebagai tempias yang membawa kepada kehancuran.

- 1880- Kuala Lumpur dan Taiping dimajukan sebagai Pusat Bandar.

-1885- Wujudnya landasan Keretapi antara Taiping dan Port Weld.





Politik

Negeri Selat.

- 1800- Seberang Perai diambil oleh British

- 1819- Singapura diambil oleh British. Perjanjian antara Sultan Hussein, Stamford Raffles dan Temenggung Abd Rahman- Sultan Hussein Dilantik sebagai Sultan.

- Pulau Pinang telah menjadi tapak British di negeri negeri Melayu (Malaya).

- SHTI telah meninggalkan kesan besar kepada negeri negeri Melayu.

- Seberang Perai diperlukan bagi menghidupkan Pulau Pinang.

- Persetiaan 1824- Singapura dan kawasan berhampiran diserahkan kepada British.

- Baik Pulih hubungan British dan Belanda.

- Membahagikan kawasan gugusan kepulauan Melayu kepada 2 bahagian. Negeri negeri Melayu di bawah British dan Kepulauan Indonesia di Bawah Pengaruh Belanda.

- Memecahkan Kerajaan Johor yang lemah sejak abad ke-18.

- Membenarkan British mengukuhkan kedudukannya di negeri Melayu

- Memberi kesan yang penting kepada perkembangan ekonomi Negeri Negeri Melayu Barat. Ini kerana saudagar Negeri Selat berasa bebas untuk berdagang.

- 1826- Singapura telah dijadikan Pusat Cantuman/ Pusat pentadbiran negeri negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura).

- Negeri negeri Selat sebagai pusat kuasa British di Timur.

- Negeri negeri Selat sebagai hak mutlak UK.

- Singapura milik mutlak- Jajahan mahkota Britian dan sebagai tempat raja dan pembesar negeri melayu berhubung

- Sistem gabenor diwujudkan- Ketua semua urusan.

- Perjanjian Burney 1826- Penglibatan British untuk menggelakkan Siam campurtangan di Perak dan Selangor.

- British tak benarkan Sultan Kedah dapatkan takhtanya.

1 comments:

Sepi Sekali said...

ini adalah sedikit ringkasan tentang sejarah awal kedatangan British ke Tanah Melayu antara 1800-1840..Cikgu Syahril