? ??????????????Lost in the View? ????? ?? ???Rating: 4.1 (14 Ratings)??423 Grabs Today. 7406 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Snowy Winter? ????? ?? ???Rating: 4.2 (42 Ratings)??371 Grabs Today. 8818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

16 February 2010

Sejarah Perkembangan Pendidikan Muzik Malaysia.


Oleh

Ahmad Syahril Abd Wahab

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Perak.



Pengenalan.

Sejarah pendidikan formal di Malaysia telah menunjukkan bahawa pihak British telah menubuhkan Penang Free School pada tahun 1816. Penubuhan sekolah ini ternyata telah menjadi perintis kepada penubuhan sekolah-sekolah Inggeris yang lain terutamanya di Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka. Dengan penubuhan sekolah-sekolah tersebut maka secara tak langsung bermulanya pembelajaran muzik di negara kita. Pada masa ini pembelajaran muzik di sekolah-sekolah ini hanya merupakan aktiviti kokurikular dan jarang sekali diadakan dalam aktiviti formal. Apa yang nyata kemasukan kuasa penjajah ini merupakan titik tolak kepada bermulanya pendidikan Muzik di sekolah-sekolah. Kedatangan Jepun dilihat sebagai suatu fenomena yang kurang memberi kesan yang ketara terutamanya terhadap terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Jika dihitung secara logik jelas bahawa pertapakan kuasa British yang lebih lama di Tanah Melayu lebih banyak memberi impak terutamanya terhadap perkembangan pendidikan muzik di Malaysia dan penulisan pada kali ini akan mengupas tentang perkembangan pendidikan muzik di Malaysia bermula pada zaman penjajahan British sehinggalah pada masa kini..

Pendidikan Muzik Semasa Zaman Penjajahan



Jelas bahawa sistem pendidikan muzik seperti yang wujud pada masa kini mempunyai banyak ciri yang telah diwarisi daripada sistem pendidikan yang telah diwujudkan pada zaman British. Hakikat ini tidak dapat disangkal kerana pihak British telah berusaha dengan sengaja untuk memberikan satu gambaran kepada rakyat Malaya tentang keunggulan dan kehebatan idea-idea British dalam semua aspek kehidupan rakyat kita seperti pendidikan, undang-undang, perubatan, pentadbiran am dan politik. Bermula pada tahun 1816 maka Penang Free School dibuka dan daripada detik inilah diikuti dengan pembukaan beberapa buah sekolah Inggeris lain di Perak, Melaka, Kuala Lumpur, dan di beberapa lokasi lain. Sejajar dengan pembukaan sekolah tersebut telah “membawa bersama” pembelajaran muzik seperti koir dan pancaragam sebagai antara aktiviti kokurikular pada masa tersebut.



Selain itu juga, nyanyian lagu puisi berirama kanak-kanak turut diadakan setiap kali semasa pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris. Pada masa ini, pihak yang berkuasa telah menentukan bahawa setiap sekolah Inggeris mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru yang mahir bermain piano atau mempunyai latar belakang formal dalam sistem muzik barat. Selain itu, nyanyian lagu kanak-kanak, seriosa atau rakyat dari Barat juga turut diadakan semasa pembelajaran Bahasa Inggeris supaya amalan sebegini akan mengukuhkan lagi pembelajaran Bahasa Inggeris. Jelas bahawa pembelajaran muzik pada peringkat ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah vernakular beraliran Inggeris. Manakala sekolah vernakular, Melayu, Cina dan India begitu ketinggalan dalam aspek ini.



Semasa zaman pentadbiran tentera Jepun, pengajaran muzik telah diadakan di sekolah-sekolah Malaya tetapi pada masa ini para pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti lagu “Komigayu” dan rakyat daripada negara Jepun. Pada masa pentadbiran tentera Jepun, sukatan mata pelajaran juga berdasarkan Dasar Pelajaran Jepun. Namun pemerintahan Jepun itu sendiri tidak meninggalkan sebarang kesan yang jelas dalam sistem muzik Malaysia yang wujud pada masa sekarang. Ini kerana selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke II sistem pendidikan yang pernah wujud sebelum perang itu diamalkan semula apabila pihak British kembali memerintah Malaya. Pada masa ini kita dapat melihat bagaimana para pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu rasmi negeri berkenaan dan lagu kebangsaaan Britian iaitu God Save The Queen dalam upacara perhimpunan sekolah terutamanya di sekolah-sekolah Inggeris.



Perkembangan pendidikan muzik di Malaysia begitu ketara terutama sekali selepas zaman penjajahan berakhir. Pada tahun 1950-an, pelajaran muzik dalam bentuk siaran ke sekolah-sekolah telah dimulakan oleh Radio Malaya tetapi hanya di sekolah-sekolah di bandar yang berupaya mengadakan kemudahan radio dapat mengikuti siaran ini. Pada masa ini, para pelajar dari kelas-kelas tertentu dikehendaki menuju ke dewan sekolah bagi mengikuti siaran tersebut. Juga, pada masa tersebut para pelajar sudah mula bermain alat-alat genderang sebagai aktiviti sampingan untuk nyanyian di beberapa buah sekolah Inggeris yang tertentu.



Selain itu, aktiviti meniup rekoder juga telah diadakan di beberapa buah sekolah, khasnya di kawasan bandar-bandar utama. Beberapa buah sekolah Inggeris telah mula menubuhkan pancaragam kawat atau brasben. Kebanyakkan pancaragam ini telah dilatih oleh ahli atau bekas ahli pancaragam tentera. Amalan ini wujud kerana guru-guru muzik yang terlatih daripada maktab-maktab perguruan di Malaysia masih belum menerima latihan dalam aspek mengendalikan aktiviti pancaragam kawat. Kumpulan-kumpulan koir, rekorder dan pancaragam kawat sentiasa dikehendaki membuat persembahan dalam majlis-majlis tertentu dalam takwim sekolah seperti Hari Ucapan, Hari Sukan dan apabila sekolah dilawati oleh orang kenamaan. Namun perkembangan sebegini begitu jarang dinikmati oleh golongan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar.





Dengan kewujudan kumpulan-kumpulan muzik seperti ini telah dapat menaikkan imej dan nama sekolah yang berkenaan. Tradisi ini sudah diamalkan oleh sekolah-sekolah Inggeris daripada awal abad ke 20 lagi. Hampir kesemua sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan kemudian seperti Maktab Tentera Diraja, Kolej Tunku Khursiah, Kolej Tun Fatimah, Kolej Melayu dan Sekolah Dato Abd Razak juga telah mengadakan semua aktiviti muzik tersebut.



Pendidikan Muzik Selepas Merdeka.



Pada tahun 1960-an dan 1970-an, beberapa buah sekolah telah mengadakan pancaragam muzik yang berbentuk kugiran ( Kumpulan Gitar Rancak) dan angklung. Harus juga disebut di sini bahawa kebanyakkan daripada sekolah-sekolah Mubaligh Kristian seperti sekolah Anglo Chinese, Sekolah Convent dan sekolah Methodist sememangnya terkenal dengan satu tradisi yang unggul bagi koir masing-masing. Dalam perkembangan pendidikan muzik formal di Malaysia pada waktu ini sekolah-sekolah Melayu seolah-olah terpinggir sehinggalah pada tahun 1970-an apabila beberapa buah sekolah rendah telah mengadakan pendidikan muzik atas budi bicara guru-guru besar berkenaan dan jika seseorang guru muzik beredar ditugaskan mengajar di sekolah itu. Sebelum itu, muzik telah diadakan hanya secara sampingan atau kebetulan sahaja melalui nyanyian nasyid dalam pelajaran agama. Walaupun tilawah al-Quran jelas mempunyai unsur-unsur muzik, aktiviti ini tidak dianggap sebagai satu tingkah laku muzikal mengikut tradisi orang-orang yang beragama Islam sama ada di Malaysia atau di negara-negara Islam yang lain.



Pada tahun 1972, muzik telah diadakan sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam peperiksaan SRP. Maka, pendidikan muzik secara formal di Malaysia telah bermula pada tahun 1972. Walaupun perkembangan ini hanya melibatkan beberapa buah sekolah di bandar-bandar tertentu sahaja. Sukatan untuk pelajaran muzik SRP ini jelas mempunyai banyak pengaruh daripada sukatan pelajaran Associated Board of Royal Schools Of Music ( ABRSM ), London, terdapat juga sedikit muzik dari Malaysia yang dimuatkan dalam bahagian menghayati muzik.



Muzik daripada budaya Malaysia yang dimaksudkan itu ialah “ Overtur Samudra” yang merupakan satu rangkaian lagu tradisi rakyat Malaysia yang digubah dalam bentuk muzik orkestra Barat. Muzik ini telah digubah oleh Gus Steyn, iaitu seorang pemuzik dan penggubah yang terkenal dalam bidang muzik pada tahun 1960-an dan 1970-an. Kemasukan muzik tempatan dalam kurikulum muzik formal SRP merupakan usaha pertama sekali dalam sejarah pendidikan muzik di Malaysia untuk menjadikan muzik sebagai keperluan penting dalam masyarakat.



Selain itu, pada tahun 1959, sebuah Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur telah memulakan fungsinya melatih guru-guru dalam bidang-bidang khas dan maktab ini telah memulakan khusus dalam bidang pendidikan muzik pada tahun 1971. tempoh kursus dalam bidang pendidikan muzik ini ialah satu tahun sahaja. Guru-guru terlatih yang telah mengajar sekurang-kurangnya lima tahun dan mempunyai minat dan kemahiran tertentu dalam bidang muzik dianggap layak untuk mengikuti khursus ini. Manakala pada tahun 1991, jumlah ini pernah bertambah kepada 40 orang setiap tahun mengikut keperluan semasa. Kursus ini juga dimulakan di Martab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1983.



Di samping itu, sejarah pendidikan muzik formal terus berkembang apabila pada tahun 1980 apabila bidang gitar dimasukkan ke dalam kurikulum muzik di Martab Perguruan Ilmu Khas. Kemasukan bidang gitar dalam kurikulum formal di maktab merupakan satu tindakan yang amat wajar dan pragmatis yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan pada ketika itu.



Selain itu, di Malaysia, pendidikan muzik tidak wujud langsung dalam kurikulum formal di mana-mana Universiti hingga sekarang iaitu mewajibkan setiap pelajar pada peringkat sarjana muda dengan tidak mengira jenis kursus atau disiplin yang dituntutnya mengikut mana-mana satu khusus seni halus termasuk muzik seperti hampir kesemua universiti dan kolej di Amerika Syarikat. Aktiviti-aktiviti muzik yang berkaitan dengan kugiran ( kumpulan gitar rancak) dan kumpulan muzik tradisional seperti asli dan ghazal dikelolakan oleh seorang pegawai kebudayaan. Manakala pada tahun 1984, pendidikan muzik telah disediakan diperingkat diploma di Institut Teknologi Mara ( ITM ) di Shah Alam. Di ITM dua program muzik yang boleh dipelajari ialah pendidikan muzik dan muzik gunaan.



Akibat timbul kesedaran tentang kepentingan muzik, pihak ITM pada tahun 1991, merancang menyediakan satu pusat etnomusikologi untuk memperkembangkan muzik tradisional di Malaysia. Kurikulum muzik di ITM meliputi beraneka jenis muzik termasuk muzik seriosa Barat, jaz dan pop. Oleh itu, rasional dan pendekatan ITM untuk pendidikan muzik adalah kurang konservatif jika dibandingkan dengan yang wujud dalam program muzik di maktab-maktab perguruan selama ini.



Selain itu, pendidikan muzik formal juga diajar oleh sektor swasta. Sistem ini adalah pengajaran bermain piano atau mana-mana alat muzik daripada budaya seriosa Barat seperti violin secara persendirian. Perkembangan ini sangat abik untuk pendidikan muzik terus berkembang dan kesedaran masyarakat tentang muzik semakin bertambah. Masyarakat mula sedar bahawa sistem pembelajaran sesuatu ilmu termasuk muzik secara berguru ini memang wujud dalam budaya tempatan di rantau ini dari zaman dahulu lagi.



Pada zaman ini, banyak pemuzik dari India dan Filipina yang terlatih dalam sistem muzik Barat telah diimport oleh pihak British ke Malaya. Hal ini berlaku kerana ahli muzik tempatan pada ketika itu kurang mahir terutama dalam sistem notasi muzik Barat adalah kurang. Pemuzik-pemuzik yang diimport itu membolehkan pihak British menubuhkan pancaragam-pancaragam berkawat yang sangat diperlukan ketika itu untuk memeriahkan lagi beberapa upacara dan majlis rasmi.



Sistem pendidikan muzik formal ABRSM telah mendatangkan beberapa pengaruh positif. Sistem ini telah membolehkan satu segmen atau golongan kecil dalam masyarakat Malaysia mengenali, memahami dan menghayati muzik seriosa dari budaya Barat. Selain itu, sistem pendidkan muzik ala ABRSM juga mempunyai kelemahan dari segi falsafah pendidikan muzik kerana memerlukan kos yang tinggi dan hanya mampu di penuhi oleh golongan elit sahaja.



Sejak 20 tahun kebelakangan ini, beberapa peperiksaan yang luar daripada tradisi ABRSM tetapi bersijil juga telah dijayakan oleh beberapa sekolah muzik swasta khasnya untuk gitar dab organ. Tetapi hampir kesemua sekolah muzik ini merupakan institusi-institusi yang wujud secara berasingan dengan syarikat-syarikat muzik yang menjual alat-alat muzik seperti piano, gitar dan organ. Sistem pendidikan muzik swasta ini lebih peka segala perkembangan dan aliran semasa dalam arena pendidikan muzik pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, sekolah-sekolah swasta telah memperlihatkan serta membuktikan satu sikap dan kesanggupan yang lebih progresif dan pragmatis terhadap bebepara strategi dan pendekatan semasa untuk mengajar muzik kepada pelajar.



Selain itu, perkembangan pendidikan muzik juga berkembang melalui latihan luar negeri dalam bidang pendidikan muzik. Mulai tahun 1960-an lagi kerajaan telah mula menghantar beberapa orang guru terlatih yang mempunyai minat dan kelayakan formasi dalam muzik ke England untuk mengikuti kursus muzik peringkat diploma lanjutan di sana. Tetapi pada akhir tahun 1970-an, kerajaan telah memulakan satu aliran baharu dengan menghantar pendidik-pendidik muzik dalam perhidmatan kerajaan ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Indonesia untuk pengajian tinggi dalm bidang pendidikan muzik.



Perkembangan baharu ini juga selaras dengan dasar kerajaan Malaysia, khasnya di bawah pimpinan YAB Dr. Mathathir Mohamad tentang keperluan untuk mempelbagaikan pendedahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar Malaysia di seberang laut dalam hampir semua bidang. Ketika itu, pengajian di lauar negeri hampir sering dimaksudkan pengajian di United Kingdom dan oleh kerana itu juga hampir semua pendidik muzik utama di Malaysia hingga tahun 1980-an amat dipengaruhi oleh sistem pengajaran dan pembelajaran muzik ala ABRSM di England.



Lantaran itu, banyak pendidik muzik dalam perhidmatan kerajaan yang berijazah dan yang tidak berijazah telah dianugerahi biasiswa dan dihantar ke Amerika Syarikat oleh kerajaan mulai dari akhir tahun 1970-an. Selepas itu, perubahan yang ketara dalam arena pendidkan muzik di Malaysia hanya berlaku pada tahun 1988 apabila sukatan pelajaran untuk pendidikan bagi kursus asas muzik di maktab-maktab perguruan dirombak semula.



Pada bulan Disembar 1990. sukatan pelajaran bagi kursus Khas Muzik juga di selaraskan dengan sukatan pelajaran bagi kursus asas. Oleh itu, semua bidang baharu tersebut, iaitu pedagogi muzik, penghayatan muzik, muzik amali dan sejarah muzik diadakan bagi kali pertama bagi pelajar kursus khas pada tahun 1991.



Kebanyakkan pendidik muzik dari Malaysia yang menuntut muzik di England pada tahun 1970-an telah mengikuti kajian dalam bidang persembahan muzik dalam tradisi seriosa Barat. Mereka telah mempelajari muzik di sekolah-sekolah muzik yang bertradisi konservatorio muzik ketika di England. Tetapi pendidik muzik yang dihantar ke Amerika Syarikat oleh kerajaan telah diwajibkan mengikuti kajian dalam bidang pendidikan muzik per se.



Kesimpulan.



Secara kesimpulannya, sejarah perkembangan muzik di Malaysia melalui pelbagai peringkat perkembangan yang akhirnya membawa kepda pengiktirafan dalam pendidikan formal di Malaysia. Pendidikan muzik mula ditawarkan di peringkat SRP dan seterusnya berkembang ke institut-institut perguruan dan di Universiti tempatan. Selain itu, pelajar-pelajar Malaysia juga di hantar ke England untuk mempelajari muzik di sana. Perkembangan ini dilihat secara positif terhadap perkembangan pendidikan muzik di Malaysia. Selain itu, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan muzik dalam kehidupan dapat memberi peluang kepada pendidikan muzik ini supaya lebih berkembang. Minat masyarakat terhadap muzik terutama dalam kehidupan sangat penting untuk menghilangkan ketegangan dan di samping mendapatkan hiburan sampingan. Kesedaran tentang pentingnya mengekalkan tradisi muzik rakyat di Malaysia sudah mula dirasakan. Pihak-pihak tertentu juga sedang berusaha untuk memulakan program muzik tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di beberpa buah sekolah yang terpilih di serata negeri di Malaysia. Golongan pendidik muzik pun mula berfikir semula secara mendalam lagi tentang pendekatan lama dan baharu untuk menyampiakan muzik dengan lebih berkesan dan bermakna. Dengan segala perkembangan yang telah berlaku dalam arena pendidikan muzik di Malaysia baru-baru ini, masa depan pendidikan muzik kelihatan lebih cerah sekarang jika dibandingkan dengan satu masa dahulu dan jika semua pihak berkerjasama dalam mengatasi masalah yang ada, maka kualiti pendidikan muzik di Malaysia boleh di pertingkatkan lagi ke satu tahap yang boleh dibanggakan di rantau ini.

















Bibliografi.

Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. (1994). Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azmah Abd Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors.

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2000, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Johami Abdullah, 1997, Pendidikan Muzik Semasa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria. (1992). Kesenian di Malaysia. Kuala Lumpur: Buku Must Sdn. Bhd.



Sufean Hussein, 1993, Pendidikan Di Malaysia Sejarah Sistem Dan Falsafah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum 6/94. 22 December 1994. Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Zainun Ishak et.al, 1993, Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distrubutors

Zakaria Ariffin. (1990). Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15 February 2010

Fahami Sejarah

Mingguan Malaysia, 11 September 2005

Fahami sejarah perjuangan pemimpin kemerdekaan

Oleh: MOHD. FAIRUZ YUSOF

KOTA TINGGI 10 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejarah amat penting untuk difahami dan dipelajari kerana ia membawa kepada kewujudan tamadun bangsa dan negara.

Menurutnya, sejarah perjuangan para pemimpin negara yang telah berjasa untuk mendapatkan kemerdekaan negara ini daripada penjajah wajar dihayati dan diingati oleh generasi hari ini.

``Sejarah wajar kita hayati, fahami dan teladani. Perjuangan kemerdekaan Malaysia bukanlah satu perkara mudah biarpun kita mencapainya tanpa perlu mengangkat senjata tetapi terpaksa merempuh pelbagai dugaan,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program kemerdekaan menjejaki Laman Puisi Sasterawan Negara, Datuk Dr. Usman Awang di Kampung Air Gemuruh, Tanjung Sedili di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Abdul Rahman Dahlan.

Hishammuddin berkata, penjajahan bentuk baru dari segi minda dan budaya boleh berlaku jika masyarakat sekarang tidak mempunyai kekuatan jati diri untuk menghalang kemasukan masalah itu.

Selain itu jelasnya, tindakan pihak tertentu yang cuba mewujudkan sejarah sendiri dengan fakta mengelirukan dan tidak benar, merupakan kumpulan rakyat yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, pihak terbabit dengan terang menafikan seolah-olah kemerdekaan negara bukanlah hasil pengorbanan para pemimpin sebaliknya pengkhianat negara, agama dan bangsa yang menggunakan taktik ketakutan, kekejaman dan keganasan sebagai idealisme perjuangan mereka.

``Mereka tidak sedar taktik itu mungkin boleh membawa kepada pengkhianatan terhadap sejarah kewujudan Malaysia.

``Kerana itulah penting buat kita mengenali sejarah berikutan ia sesuatu yang nyata dan tidak boleh dipertikaikan,'' tegasnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Allahyarham Dr. Usman merupakan seorang pejuang yang menyemarakkan semangat kemerdekaan di dalam masyarakat Melayu melalui sajak dan puisinya.

Beliau menambah, puisi seperti `Melayu', `Ke Makam Bonda' dan lain-lain merupakan cetusan hati Sasterawan Negara itu memperjuangkan nasib bangsa dan negaranya.

Katanya, karya Dr. Usman telah menjadi bahan rujukan, kajian malah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Perancis, Tamil, Itali dan Rusia.



http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Rencana

Tafsir sejarah dengan bukti

Mukadimah

APABILA pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu membuat kenyataan media mempersoalkan integriti pemimpin negara dan meminta pengiktirafan ke atas peranan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan 1957, ia menimbulkan polemik baru tentang penulisan sejarah negara.

Kenyataan Ronnie itu dibidas oleh banyak pihak termasuk pemimpin politik, ahli akademik dan bekas anggota pasukan keselamatan yang terlibat secara langsung menentang pengaruh komunis.

Mereka antara lain menyifatkan pemimpin DAP itu cuba bermain api dan seolah-olah membutakan mata kepada fakta sejarah.

Kepada pakar sejarah, Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud polemik yang timbul tentang sejarah kemerdekaan negara itu adalah bukti betapa kita sangat memerlukan satu catatan rasmi sejarah negara.

``Kalau kita ada catatan rasmi sejarah negara, isu-isu seperti ini tidak akan timbul lagi,'' katanya yang turut mengkaji sejarah PKM.

Selepas rundingan damai di Hatyai 1989 yang menyaksikan pembubaran PKM, Pengerusi Pusat Sejarah, Politik dan Strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia itu sempat bertemu enam kali dengan pemimpin komunis, Rashid Maidin untuk melengkapkan kajiannya.

Beliau juga pernah menulis buku The Baling Talks yang diterbitkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Dalam wawancara bersama wartawan NOOR AZAM SHAIRI, Nik Anuar mengupas sejarah negara dan hubung kaitnya dengan PKM secara sepintas lalu.

Sementara itu, dalam satu wawancara berasingan, OPAT RATTANACHOT berjumpa dengan bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Yuen Yuet Leng, 78, untuk menyelami pandangannya sebagai seorang yang terlibat secara langsung melawan komunis.

Pegawai kanan yang 34 tahun bersama pasukan polis itu nyata tidak menyembunyikan rasa tersinggungnya terhadap tulisan Ronnie itu.

``Dia telah menghina kita yang berjuang melawan pergerakan subversif dan berjuang untuk merdeka,'' katanya.

MINGGUAN: Apa reaksi Prof. membaca tulisan yang kontroversi itu?

NIK ANUAR: Ada yang tidak kena dengan kenyataan yang mengatakan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin UMNO ketika itu bukan pejuang tulen kemerdekaan. Istilah yang digunakannya iaitu not the real fighters kepada saya tidak tepat, bersalahan dengan kajian sejarah.

Mereka pemimpin yang memainkan peranan besar dalam sejarah kemerdekaan. Tidak ada bukti langsung yang menunjukkan mereka itu boneka British. Saya telah meneliti surat-surat Tunku dan Tun Abdul Razak berhubung dengan perjuangan kemerdekaan. Saya dapati mereka benar-benar pejuang kemerdekaan.

Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah air tanpa memikirkan kedudukan dalam kerajaan atau ganjaran. Untuk mengatakan mereka ini bukan pejuang tulen adalah satu kenyataan yang sangat tidak kena.

Bolehkah Chin Peng dan PKM dianggap sebagai pejuang kemerdekaan?

NIK ANUAR: Kita harus melihat kembali sejarah latar belakang PKM. Ia ditubuhkan pada tahun 1930 dengan matlamat mewujudkan sebuah republik komunis. Matlamatnya itu sangat bertentangan dengan sifat orang Melayu dan sistem kerajaan negara Melayu. Atas sebab itu PKM tidak dapat diterima oleh rakyat.

Mereka menentang British untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya. Parti ini pula ditubuhkan atas kehendak parti komunis antarabangsa. Ia tidak ada kaitan dengan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Perjuangannya didalangi dari luar negara dengan matlamat menubuhkan orde baru dunia.

Apa yang diperjuangkan oleh PKM itu tidak boleh diterima oleh masyarakat. Ini kerana ia akan menghakis sistem kenegaraan Melayu, agama Islam, sistem beraja dan sebagainya. Oleh itu, ia tidak boleh mendakwa dirinya sebagai sebuah parti nasionalisme. Mereka mempunyai matlamat yang berbeza dengan kehendak sebenar penduduk negara ini.

Bagaimana Prof. melihat tuntutan pengiktirafan itu?

NIK ANUAR: Ia mula berbangkit dalam rundingan damai antara Malaysia dengan PKM di Hatyai pada tahun 1989. PKM meminta ia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan tetapi Tan Sri Abdul Rahim Noor yang mewakili negara dalam rundingan itu menjawab biarlah ahli sejarah yang menentukan.





Apakah penentuan Prof.?

NIK ANUAR: Memang betul PKM menentang British tetapi ia sebenarnya hendak menubuhkan Republik Komunis Malaya. Kita tidak dapat menerimanya sebagai pejuang kemerdekaan kerana ideologinya itu bertentangan dengan anutan orang Melayu dan Islam yang merupakan majoriti penduduk pada ketika itu.

Penilaian ahli sejarah adalah berasaskan sumber; biar sumber itu yang berbicara. Dalam menilai pengiktirafan yang dituntutnya itu kita harus kembali melihat latar belakang, sejarah penubuhan dan perjuangan PKM.

Dari satu segi, ia menganut ideologi asing dan didukung oleh orang bukan Melayu dan orang asing. Orang Melayu tidak dapat menerima sebuah pertubuhan yang didukung oleh orang asing dan menganut ideologi asing memerintah negara ini selepas pengunduran pihak British.

Untuk hendak memahami polemik ini, kita harus melihatnya dalam konteks itu. Menerima ideologi komunis ertinya menolak polity Melayu yang menjadi asas kepada Perlembagaan.

Kenapa ada usaha untuk menulis semula sejarah ini? Buku Alias Chin Peng: My Side of History terbit dua tahun lalu. Selain tuntutan yang dikemukakan dalam rundingan di Hatyai pada tahun 1989, itulah kali pertama kita membaca secara jelas rayuan pengiktirafan itu.

NIK ANUAR: Sejarah ini satu ilmu yang perbincangannya tidak muktamad. Mereka barangkali berharap dengan adanya perbahasan seperti ini orang akan dapat menerima perjuangan PKM. Buku itu menarik kerana ia merakamkan cerita dari sudut pandang Chin Peng sendiri. Tidak mengapalah kita membaca ceritanya itu. Dari segi kajian sejarah, kita juga mahu apa yang berlaku di sebalik PKM selain mengetahui catatan pihak yang satu lagi.

Tetapi setakat ini kita tahu dengan jelas sejarah penubuhan PKM, matlamat perjuangan, pencapaian dan kemampuannya. Saya melihat detik penentu dalam isu ialah keengganan Chin Peng bertolak ansur dalam Rundingan Baling apabila Tunku mengajak dia membubarkan PKM dan meninggalkan ideologi komunis, sama-sama berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.

Saya fikir kalau Chin Peng menerima tawaran Tunku itu, sejarahnya mungkin berbeza. Apa yang menjadi masalah sekarang Chin Peng tidak mahu akur dengan cadangan Tunku, masih mahu berpegang dengan ideologi komunis.

Apabila tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, PKM tidak meletakkan senjata tetapi memilih menentang kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat.

NIK ANUAR: Itulah yang menjadi isu perbahasan sekarang. PKM tidak mahu mengiktiraf kemenangan yang dicapai oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955 dan mengiktiraf Tunku sebagai Ketua Menteri. Alasannya Tanah Melayu ketika itu masih dijajah oleh British.

Kemerdekaan tahun 1957 juga tidak dianggap oleh PKM sebagai satu kemerdekaan yang sebenar. Ia menyifatkannya sebagai kemerdekaan setengah masak. Alasannya Tanah Melayu menjadi anggota Komanwel dan mempunyai perjanjian pertahanan dengan British dalam Persetujuan Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA).

PKM berpendapat kalau Tanah Melayu sudah merdeka ia sepatutnya mengamalkan dasar berkecuali dan tidak membenarkan buminya dijadikan pangkalan tentera asing. Tetapi ia tidak memberitahu kenapa kerajaan pada waktu itu berbuat demikian dan kenapa kerajaan memeterai AMDA.



Kenapa?

NIK ANUAR: Kita pada waktu itu masih diancam oleh komunis. Kalau Chin Peng dan PKM bersetuju berdamai dengan Tunku dalam pertemuan di Baling itu, saya percaya tidak timbul soal-soal yang dibangkitkannya itu. Tunku mengadakan kerjasama dengan pihak British untuk menjaga keamanan negara kerana ia diancam oleh komunis. Mereka itu bukan pejuang tetapi pengancam.

Selain itu, semasa merdeka, Tanah Melayu tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak. Ia menjadi satu masalah bagi sebuah negara yang baru. Dengan adanya ancaman komunis itu, kerajaan perlu memperbesarkan angkatan tenteranya.

Ini bermakna sebahagian besar daripada peruntukan kewangan negara perlu ditumpukan kepada hal ehwal pertahanan, dan kita tentunya akan mengetepikan pembangunan sosioekonomi.

Kalau begitu, apa maknanya merdeka? Matlamat merdeka ialah supaya kita dapat membangunkan sosioekonomi rakyat sebagai sebuah negara yang merdeka. Tetapi kita merdeka dalam keadaan negara diancam oleh komunis. Itu sebabnya kita perlu sokongan daripada rakan-rakan untuk menangani masalah itu sementara kita membangunkan sosioekonomi rakyat.

Tan Sri Musa Hitam dalam reaksinya kepada polemik ini berpendapat hujah yang menuntut pengiktirafan PKM sebagai pejuang kemerdekaan itu ``boleh dipatahkan dengan tidak susah''. Kepada Prof. apakah hujah yang tidak susah itu?

NIK ANUAR: Pemimpin negara semasa merdeka seperti Tunku dan Tun Abdul Razak dipilih oleh rakyat Tanah Melayu secara demokrasi. Mereka dipilih menjadi pemimpin melalui perhimpunan agung UMNO dan kemudian melalui pilihan raya umum.

Ini berbeza dengan PKM - tidak dilantik oleh rakyat, tidak ada proses pilihan raya. Bagaimana anggota PKM boleh menganggap diri mereka sebagai pemimpin rakyat?

Tunku memimpin Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum 1955 dengan mandat yang begitu besar. Rakyat memberikan mandat itu kepada Tunku untuk beliau menyelesaikan masalah komunis. Rakyat telah menolak komunis.

Tunku berunding dengan komunis, menawarkan mereka bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, dengan syarat PKM dibubarkan dan menolak ideologi komunis. Kemenangan besar dalam pilihan raya 1955 adalah bukti rakyat menolak komunis dan mahu Tunku menyelesaikan darurat. Realiti politik di Tanah Melayu menolak ideologi komunis dan perjuangan mengangkat senjata.

Komunis mengangkat senjata menentang British sejak tahun 1948 tetapi sehingga tahun 1955, ia masih tidak berjaya. Ini bermakna ia tidak boleh secara kekerasan tetapi melalui rundingan. Malah trend dunia ketika itu pun menyokong gerakan kemerdekaan.

Itulah kepada saya hujah yang tidak susah. Ringkasnya, perjuangan PKM tidak disokong oleh rakyat. Perjuangan Tunku mendapat sokongan melalui proses demokrasi. Rakyat telah menerima Tunku sebagai pemimpin dan menolak Chin Peng dan PKM.

Haruskah isu pengiktirafan PKM ini dibahaskan?

NIK ANUAR: Ia boleh dibahaskan tetapi haruslah di peringkat akademik. Serahkan kerja itu kepada sejarawan. Sejarah suatu subjek yang subjektif, ada pro dan kontra tetapi mesti disandarkan kepada fakta-fakta yang sahih. Kita bukan berhujah suka-suka hati.

Ronnie berhujah tidak dengan mengemukakan bukti. Dia hanya membuat tafsiran. Sejarah mesti merujuk kepada fakta, dokumen dan sumber yang boleh menyokong tafsiran itu. Jika tidak ia akan menjadi perbahasan politik seperti sekarang ini. Perbahasan politik boleh menimbulkan ketegangan.

Hujah pemimpin DAP itu merujuk kepada laporan akhbar The Times di London pada 31 Ogos 1957 yang mengatakan nasionalisme Malaya tidak tumbuh daripada konflik dan pemimpin kerajaannya tidak pernah meringkuk di penjara. Apakah syarat untuk menjadi pejuang kemerdekaan?

NIK ANUAR: Apakah seseorang itu harus perlu terlebih dahulu dipenjarakan harus boleh diterima sebagai seorang nasionalis? Tidak semestinya. Kita tidak boleh terima pandangan seperti itu. Ini bukan di negara ini saja, di mana-mana pun begitu juga.

Kita harus faham bahawa kaedah perjuangannya mungkin berbeza. Kalau ia menggunakan kekerasan, mereka mungkin terdedah untuk ditahan demi keselamatan. Tetapi kalau mengikut saluran yang benar, tidak menjadi masalah.

Dalam tulisan yang penuh kontroversi itu ada juga dibangkitkan soal memberi pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin Melayu di luar UMNO. Ada disebutkan nama-nama pemimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf dan Kesatuan Melayu Muda - Ahmad Boestamam, Pak Sako, Dr. Burhanudin Al-Helmi dan Ibrahim Yaakob, misalnya.

NIK ANUAR: Saya fikir isu ini tidak seharusnya timbul. Para sejarawan telah lama mengiktiraf tokoh-tokoh dalam PKMM, API dan KMM. Nama-nama itu disebut dalam buku-buku sejarah yang dibaca oleh anak-anak di sekolah. Ia bukan lagi satu isu.

Malah di UKM ini sendiri pun ada dua buah kolej yang diberikan nama bersempena tokoh haluan kiri - Kolej Burhanudin Helmi dan Kolej Ibrahim Yaakob. Beberapa batang jalan raya di ibu negara juga mengabadikan nama mereka. Sekolah pun ada. Itu juga adalah satu bentuk pengiktirafan. Kalau kerajaan tidak iktiraf bagaimana jalan raya dan sekolah diberikan nama bersempena nama mereka?

Mereka yang tidak diiktiraf ialah mereka yang menggunakan kekerasan, mengangkat senjata dan menganut ideologi yang bertentangan dengan rakyat.

Ini bukan soal sejarah ditulis oleh mereka yang menang?

NIK ANUAR: Saya tidak fikir begitu. Sesiapa pun boleh menulis sejarah. Tetapi oleh kerana parti politik yang berjaya merebut kemerdekaan itu diterajui oleh UMNO, maka sejarah kejayaan UMNO itulah yang ditulis.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm



Rencana

Kenanglah pejuang kemerdekaan

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN

Sempena melangkah ke alaf baru lima tahun lalu, majalah India Today menerbitkan 25 siri edisi khas tentang sejarah dan pencapaian India. Keluaran khas pertama bertajuk 100 People Who Shaped India. Tajuk ini memberi fokus kepada tokoh yang mengubah cara rakyat India hidup, fikir dan bekerja.

Makna daripada edisi khas itu adalah jasa tokoh-tokoh yang ``membentuk'' negara wajar dikenang sepanjang zaman. India mempunyai tokoh hebat umpamanya Mahatma Gandhi atau Indira Gandhi. Apabila menyenaraikan 100 tokoh, mereka tidak memadam atau meminggirkan tokoh yang turut menyumbang kepada kecemerlangan India.

Saya teringat kepada rencana ini apabila mengenangkan kemerdekaan kita. Kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-48 pada 31 Ogos lalu. Seperti biasa kita bersorak-sorai sambil mendongak ke langit melihat bunga api yang memercik kemudian berkecai dan hilang di angkasa.

Merdeka adalah harta pusaka peninggalan tokoh-tokoh Melayu pejuang kemerdekaan kepada kita. Sebahagian besar daripada kita telah sinonim dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang digelar Bapa Kemerdekaan. Jasa Tunku kepada kita tidak terbalas hingga ke hujung usia. Hingga ke anak cucu kita menikmati harta yang ditinggalkan Tunku dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang sezaman dengannya.

Tetapi agak malang pejuang Melayu lain jarang diperkatakan. Padahal mereka juga merintis denai dan relung ke destinasi kemerdekaan. Jalannya bukan saja penuh dolak-dalik malah onak duri dan ranjau sengsara.

Semua ini mereka redah tanpa dijanjikan apa-apa kecuali merdeka. Tetapi sebahagian besar daripada mereka tertimbus dalam lipatan sejarah, cuma segelintir yang tertonjol dan diulang bicara tentang mereka. Sebagai generasi yang hari ini menikmati hasil kemerdekaan, kita kenanglah mereka.

Kita mempunyai lebih 100 tokoh yang membentuk negara zaman kesultanan Melaka hingga sekarang. Tetapi pada setiap kali ulang tahun kemerdekaan, mereka yang berjasa kepada kita hilang bak percikan bunga api malam kemerdekaan. Adakah ini kerana nilai patriotisme dalam erti kemerdekaan kita sangat nipis? Atau adakah kita lebih banyak memadam daripada menjernihkan lubuk sejarah yang menyimpan banyak rahsia sengsara untuk merdeka?

Sekadar bertanya, bilakah kali terakhir kita ingat tokoh-tokoh ini diperkatakan; Dato' Onn, Dr. Burhanudin Al-Helmi, Ahmad Boestamam, Dr. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ibrahim Yaakob atau Mustapha Hussain? Mustapha mungkin mudah diingati apabila terbitnya buku memoirnya, Nationalism Before UMNO: The Memoirs of Mustapha Hussain.

Kita tentu terpinga-pinga cuba mengingatkan yang lain. Kemerdekaan hakikatnya bukan boleh dicapai oleh seorang dua. Perjuangan kemerdekaan digerakkan antaranya oleh tokoh-tokoh yang namanya dipadam dalam sejarah perjuangan kemerdekaan. Tanpa menafikan usaha Tunku, tetapi gerakannya bukan dilakukan oleh Tunku seorang. Kalangan tokoh daripada jurus kewartawanan dan kaum guru misalnya merupakan peledak yang besar untuk mencetus gelombang patriotisme.

Tunku memang pejuang kemerdekaan malah tokoh penting yang berunding dengan penjajah British kerana ilmu undang-undangnya. Tetapi di sebalik Tunku, ada pejuang-pejuang lain yang meratah kepahitan; dihimbau ke rumah pasung, dihina dan tidak kurang diancam nyawanya. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan bukan saja oleh tokoh-tokoh dalam haluan kanan. Kanan maksudnya yang berada di sebelah raja-raja Melayu dan bekerja dengan penjajah British.

Perjuangan juga diperkuatkan oleh tokoh-tokoh daripada haluan kiri yang tidak berkompromi dengan penjajah British. Politik kepartian waktu sebelum merdeka dan masa kini wajar dilihat dalam konteks dan premis yang berbeza. Sekali pun memilih haluan kiri, destinasinya tetap satu iaitu merdeka.

Apabila sejarah lebih menonjolkan tokoh-tokoh berhaluan kanan, tentunya ini tidak adil kepada Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin Al-Helmi, Pak Sako dan sekian banyak lagi haluan kiri yang ikut berjuang.

Pengkaji sejarah Datuk Profesor Ramlah Adam pernah menulis, ``Walaupun bersifat radikal dan pembangkang, namun dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, perjuangan seperti ini sangat bermakna dalam memberi satu perjuangan yang kental dan tidak bersifat pak turut.''

Tulisan Ramlah membuktikan tanggapan bahawa ada tokoh-tokoh berhaluan kiri dipinggirkan. Ini kerana kecenderungan lebih ruang kepada tokoh berhaluan kanan. Apabila kita memadamkan perjuangan tokoh berhaluan kiri, maknanya kita cuba meminda sejarah. Kesannya generasi baru tidak dapat belajar daripada sejarah sebenarnya waktu negara ini masih muda. Belajar daripada sejarah adalah merenung ke depan dan menoleh ke belakang. Tetapi sejarahnya mesti benar.

Lalu sama ada tokoh dari haluan kiri atau kanan, mereka berhak mendapat tempat seadilnya dalam sejarah. Ini untuk membolehkan generasi hari ini menoleh ke belakang dan belajar daripada sejarah yang adil kepada generasi yang sebelumnya.

Kerana itu Dr. Burhanudin Al-Helmi dari Pas, Ahmad Boestamam dari Parti Rakyat, Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara misalnya wajar diberikan hak sejarah yang sama dengan Tunku. Kalau kita mahu menulis 100 tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan, tokoh-tokoh ini tidak wajar terlepas pandang hanya kerana berhaluan kiri.

Empat tokoh ini adalah pemimpin utama parti politik yang berpengaruh menjelang Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Mereka berempat juga antara pejuang kemerdekaan dan di belakangnya ratusan lagi yang tidak kurang besar jasanya.

Apabila berlaku apa yang disebut sebagai ``pensejarahan semula'' yang memadam tokoh-tokoh berhaluan kiri dalam perjuangan kemerdekaan, kita perlu menulis semula sejarah kemerdekaan negara ini. Sama ada tokohnya datang dari haluan kanan atau kiri, sejarah mesti berlaku adil kepada mereka.

Perbezaan fahaman politik sebelum merdeka tidak memesongkan tujuan perjuangan kemerdekaan. Semua tokoh Melayu ini berjuang untuk merdeka. Mereka adalah nasionalis dan wajar ditonjolkan kepada generasi hari ini tanpa ada bias politik yang sempit.

Dua tahun lagi kita akan menyambut setengah abad kemerdekaan negara ini. Barangkali kita boleh mulai memikirkan 100 tokoh yang berjuang mendapatkan kemerdekaan. Ini setidak-tidaknya membuktikan kita generasi yang tahu mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang tidak diperkatakan selama ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Rencana

Bersatu membetulkan dunia - Negara membangun harus bekerjasama uruskan globalisasi

Mukadimah

KETIKA protes terhadap globalisasi meletus buat pertama kalinya secara terbuka di jalan raya di Seattle, Amerika Syarikat pada hujung 1999, pakar ekonomi, Dr. Joseph Stiglitz merupakan orang yang cukup berpengaruh di Bank Dunia.

Stiglitz asalnya seorang pensyarah universiti tetapi meninggalkan dunia akademik pada tahun 1993 untuk berkhidmat dalam Majlis Penasihat Ekonomi kepada pentadbiran Presiden Bill Clinton. Antara tahun 1997 hingga 2000, beliau merupakan ketua pakar ekonomi dan naib presiden kanan di Bank Dunia.

Semasa di Bank Dunia, dia lantang melontarkan pandangan yang cukup kritikal terhadap kepincangan sistem ekonomi dunia terutamanya ketidakadilan perjanjian perdagangan bebas. Sikapnya itu menimbulkan rasa tidak senang pada Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Tetapi Stiglitz kemudian melepaskan jawatannya di Bank Dunia pada Januari 2000. Pengalamannya terlibat dalam urusan pembentukan dasar ekonomi - sesuatu yang sangat menarik minatnya sejak sekian lama - telah menukarkan pandangan hidupnya.

``Apa yang saya lihat itu telah mengubah pandangan saya tentang globalisasi dan pembangunan,'' tulisnya dalam kata pengantar bukunya Globalization and Its Discontents yang cukup terkenal itu.

Beliau melihat antara lain kesan kemusnahan yang didatangkan oleh globalisasi terhadap negara-negara membangun, terutamanya kesengsaraan yang dialami oleh penduduk miskin.

Dalam satu wawancara bersama wartawan ZIN MAHMUD dan NOOR AZAM SHAIRI di Kuala Lumpur pagi Rabu lalu, Stiglitz berkongsi pandangannya tentang buruk dan baik globalisasi.

Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 2001 itu berada di ibu negara menghadiri Forum Pemimpin Global 2005.

Stiglitz melihat globalisasi mempunyai kuasa untuk meningkatkan taraf hidup negara-negara membangun dan miskin, asal saja ia diuruskan dengan baik.

Selebihnya beliau percaya beberapa pembaharuan harus juga dilakukan ke atas institusi dan sistem ekonomi dunia.

MINGGUAN: Globalisasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ke manakah arahnya selepas ini?

STIGLITZ: Malaysia adalah contoh gambaran positif tentang globalisasi sekali gus menunjukkan betapa ia harus diuruskan dengan baik. Negara ini berkembang kerana perdagangan antarabangsa; sumbangan nilai import dan eksportnya begitu tinggi terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Apa yang agak luar biasa tentang Malaysia bukannya kerana ia berkembang semata-mata daripada pelaburan asing tetapi ia mampu menguruskan globalisasi yang akhirnya menguntungkan rakyat. Apabila kerajaan membawa masuk pelaburan asing, ia memastikan ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh rakyat.

Petronas misalnya mula mempelajari teknologi cari gali dari syarikat asing kira-kira 25 tahun lalu. Sekarang ia ada universiti sendiri malah membantu negara-negara lain membangunkan industri minyaknya. Ia sudah beralih daripada menjadi penerima pelaburan asing kepada pelabur. Ini adalah contoh bagaimana sebuah syarikat itu tidak hanya menerima pelaburan tetapi menyedari cabarannya iaitu belajar dari syarikat asing dan menguasainya sendiri.

Kawalan mata wang semasa krisis kewangan adalah satu contoh yang lain. Ketika diperkenalkan dulu para pengkritiknya mengatakan modal asing tidak akan datang semula, tetapi mereka salah. Malah saya menyokong kuat apa yang dilakukan oleh Malaysia pada ketika itu. Modal dan pelabur asing lari kerana faktor kestabilan. Sekiranya kita mampu menguruskan ekonomi dengan baik, kita akan menarik mereka.

Ini adalah soal bagaimana kita menguruskan globalisasi.

Dr. menulis bahawa globalisasi bukan satu masalah. Masalahnya ialah bagaimana ia diuruskan. Adakah apa yang ditulis dalam buku itu diberikan perhatian?

STIGLITZ: Ya, ada beberapa perubahan yang berlaku tetapi dunia juga terus berubah dan masih ada banyak masalah lain. Walaupun ada kemajuan tetapi jalannya masih panjang. Dunia mula mengakui kebenaran hujah-hujah saya tetapi tidak bermakna ia mengubah polisinya.

Salah satu isu yang saya hujahkan ialah berkenaan perjanjian perdagangan yang tidak adil. Saya menghujahkan tentang pentingnya pusingan rundingan membincangkan tentang pembangunan untuk mengimbangi ketidakadilan. Saya menghujahkan kenapa ia tidak adil dan langkah-langkah penyelesaiannya.

Mereka tidak menyetujuinya serta-merta. Kemudian berlaku tunjuk perasaan di Seattle. Dua tahun selepas itu, mereka bersetuju di Doha (2001) bahawa pusingan berikutnya akan membincangkan soal pembangunan. Malah mereka menggunakan istilah yang saya perkenalkan.

Rencana pengarang akhbar The New York Times juga menyokong penuh dan mengakui ketidakadilan yang wujud. Dalam erti kata lain tidak ada orang yang boleh mempertahankan perjanjian perdagangan yang tidak adil itu.

Bagaimanapun sehingga sekarang mereka masih belum mengubahnya. Pada peringkat debat intelektual, ia bukan lagi satu isu. Tetapi pihak yang berkepentingan masih lagi menguasai Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Satu lagi contoh ialah liberalisasi pasaran modal. Apabila Malaysia mengenakan tambatan mata wangnya, ia bersendirian. Saya menyokongnya dan beberapa orang pegawai di Bank Dunia juga menyokong saya. Dua tahun lalu, IMF sendiri mengatakan bahawa tindakan Malaysia itu betul.

Debat itu sudah berakhir tetapi perjuangan politiknya belum. Ada perubahan besar dari segi pemikiran dan pemahaman tetapi ia masih terbantut akibat kepentingan politik. Ada perubahan tetapi tidak seperti yang saya harapkan.

Adakah Dr. bersetuju bahawa banyak negara dunia ketiga salah faham tentang globalisasi? Para pemimpinnya bercakap menentang globalisasi tetapi tidak memberikan jalan penyelesaian.

STIGLITZ: Memang ada salah faham tentang globalisasi. Sesetengah pemimpin politik negara membangun melihat kesan negatif globalisasi dan bukan bagaimana hendak menguruskannya. Mereka tidak melihat kepada China yang bukan saja mendapat manfaat yang lumayan daripada globalisasi malah cukup berjaya menguruskannya. Malaysia juga satu contoh yang lain.

Pada pandangan saya, para pemimpin negara membangun harus mengkaji contoh-contoh kejayaan ini, dan bertanya bolehkah mereka juga menguruskan globalisasi dengan jayanya? Kepada saya, itulah soalan yang harus ditanyakan.

Mereka meminta supaya ia diketepikan?

STIGLITZ: Itu tidak betul. Sepatutnya mereka memikirkan bagaimana hendak menguruskannya. Dalam pada itu, banyak juga pemimpin politik yang berpendapat kita harus menyerah kepada globalisasi, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan tidak boleh ditentang, dan kita harus menerima seadanya. Itu juga pandangan yang salah.

Salah satu `penyakit' yang ada di dunia ini ialah perjanjian perdagangan bebas. Saya katakannya sebagai penyakit (ketawa). Semua orang merasakan kalau mereka menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan AS, ekonomi mereka akan berkembang dan makmur seperti AS. Mereka melihatnya sebagai penawar ajaib tetapi sebenarnya ia tidak berjaya di mana-mana pun.

Di mana-mana sekali pun?

STIGLITZ: Saya tidak nampak contoh kejayaannya. Kalau ada negara yang mungkin mendapat manfaat besar daripada perjanjian perdagangan bebas tentulah Mexico. Ia terletak hanya di sebelah AS - kos pengangkutannya rendah dan jaraknya dekat, bahasa tidak menjadi masalah, gaji buruhnya terlalu murah.

Pendek kata, Mexico mempunyai potensi yang besar untuk ia mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas. Tetapi ia tidak berlaku. Pertumbuhan ekonomi Mexico sejak ia menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) lebih rendah daripada yang dicapainya pada tahun 1960-an dan 1970-an. Dalam banyak sudut, tahap kemiskinan berada pada tahap yang paling teruk.

Kenapa?

STIGLITZ:,/B> Itulah persoalannya. Kita tidak boleh menyalahkan globalisasi tetapi harus mengakui bahawa perjanjian itu tidak sesuai dengan Mexico. Mexico juga gagal menguruskan proses globalisasi selepas itu.

Kesilapan pertamanya ialah mereka melihat perjanjian perdagangan bebas itu sebagai jalan penyelesaian. Mereka merasakan mereka telah mencapai sebuah dunia baru, dan tidak payah lagi melakukan apa-apa.

Ini bermakna ia tidak boleh terpakai kepada semua pihak?

STIGLITZ: Bukan itu saja, malah perdagangan bebas bukan satu-satunya penyelesaian kepada masalah pembangunan. Banyak orang merasakan bahawa selepas menandatangani perjanjian itu pelaburan akan masuk dan pertumbuhan akan meningkat.

Kenapa ia tidak berjaya?

STIGLITZ: Mereka tidak faham bahawa perjanjian itu bukan satu perjanjian perdagangan bebas. Ada kos yang perlu dibayar. Ia satu perjanjian yang tidak jujur. AS mengekalkan subsidi pertaniannya dan menuntut negara-negara lain tidak memberikan subsidi kepada para petaninya. Namanya perjanjian perdagangan bebas tetapi ia tidak mempunyai substance.

Oleh kerana ia bukan satu perjanjian perdagangan bebas, dalam kes Mexico, jagung AS diberikan subsidi yang cukup tinggi. Kumpulan termiskin di Mexico ialah para penanam jagung. Mereka menandatangani perjanjian itu, harga jagung turun dan pendapatan para petani itu menjadi kurang kepada separuh. Sudah tentu mereka jadi lebih miskin.

Ia sebenarnya meningkatkan kadar kemiskinan. Mereka membuka pintu kepada bank-bank dari AS; semua bank tempatan kecuali satu dibeli oleh bank asing. Bank-bank asing ini pula tidak memberi pinjaman kepada usahawan kecil dan sederhana yang tidak menjalankan perdagangan antarabangsa. Usahawan-usahawan ini sukar mendapatkan modal.

Dari satu segi, tidakkah ini cara baru untuk mengambil alih sebuah negara?

STIGLITZ: Ia merampas sebahagian besar kedaulatan ekonomi sesebuah negara. Tetapi sesebuah negara itu masih boleh menguruskan sistem kewangannya. Salah satu cara yang saya kemukakan ialah memastikan golongan minoriti mendapat kemudahan kewangan. Apa yang penting ialah kita harus memahami bagaimana untuk menguruskan ekonomi pasaran.

Mexico tidak mempunyai kemampuan itu untuk menangani ekonomi pasaran yang tidak diuruskan dengan baik. Pada masa yang sama, mereka merasakan tanpa tarif mereka mempunyai kelebihan untuk bersaing. mereka terlupa bahawa mereka harus bersaing dengan China yang mempunyai teknologi tinggi dan tenaga kerja berpendidikan tinggi.

Walaupun tanpa tarif, ia mempunyai sistem jalan raya yang mundur yang menyukarkan pengangkutan barangan. Pelaburan Mexico dalam pendidikan dan infrastruktur juga terlalu rendah. Ia tidak mempunyai pelaburan yang mencukupi untuk menjayakan sektor perdagangan.

Dalam erti kata lain, kejayaan ekonomi pasaran tidak hanya bergantung kepada perjanjian perdagangan bebas tetapi juga faktor-faktor lain - tenaga manusia, pengangkutan dan sebagainya.

Apa hubung kait urus tadbir yang baik dalam menguruskan globalisasi?

STIGLITZ: Pada asasnya, negara-negara membangun rata-ratanya miskin dan sumbernya terhad. Kita harus memastikan sumber yang terhad itu digunakan untuk meningkatkan produktiviti dan ekonomi. Tanpa urus tadbir baik, sumber itu akan disalahgunakan. Dari sudut itu, ia menjadi cabaran yang utama.

Bagaimana kelemahan urus tadbir boleh meningkatkan kemiskinan?

STIGLITZ: Kurangnya urus tadbir yang baik berpunca daripada kurangnya kecekapan, bukan korupsi tetapi ketidakcekapan. Dalam sesetengah kes, korupsi berlaku walaupun ada kecekapan yang tinggi. Walau apa pun keadaannya ia merugikan kerana kos pembangunan akan meningkat.

Masalah di New Orleans yang kita lihat sekarang adalah kesan daripada ketidakcekapan pengurusan. Ada pihak yang memiliki kontrak untuk membina tetambak tetapi tidak membinanya. Ia bukan penyelewengan tetapi kronisme fesyen lama - seseorang dilantik kerana ada hubungan politik, dan bukannya kerana dialah yang paling layak.

Suatu perkara yang agak sukar di kebanyakan negara membangun ialah gabungan antara ketidakcekapan, kronisme dan penyelewengan. Itu sebabnya kita selalu mendengar hujah tentang penting sesebuah negara itu mempunyai media yang kukuh. Sekali contoh apa yang berlaku di AS, Presiden George Bush tentunya tidak gembira dengan gambar-gambar yang dirakamkan di New Orleans. Ketika dia memuji usaha-usaha kemanusiaan selepas taufan Katrina, orang melihat visual yang menunjukkan sebaliknya.

Itu sebabnya media mempunyai peranan yang cukup penting dalam menentukan pelaksanaan urus tadbir yang baik.

Maksudnya media yang kukuh penting untuk pembangunan?

STIGLITZ: Ya, kerana ia memantau penyelewengan dan salah urus tadbir.

Bagaimanakah dunia boleh melawan AS dalam berhadapan dengan globalisasi? Ia mengawal institusi-institusi penting termasuk Bank Dunia dan IMF.

STIGLITZ: Semua negara membangun pada akhirnya harus berganding bahu untuk melakukan pembaharuan terhadap globalisasi. Kita harus mengakui perbezaan antara kita tetapi pada masa yang sama kita mesti bekerjasama dalam satu matlamat perjuangan yang serupa. Itu yang lebih penting.

Dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia kita harus bangkit mengatakan, ``Sungguhpun kami mungkin bukan negara pengeksport kapas tetapi kami berdiri bersama-sama Brazil dan Mali; kami mahu anda (AS) menghapuskan subsidi kapas.'' Ini bukan soal mendapat manfaat tetapi untuk menyatakan rasa persaudaraan, satu solidariti.

Adakah maksudnya negara-negara membangun ini menegaskan mereka tidak akan menandatangani suatu perjanjian misalnya selagi perjanjian lain melibatkan sesetengah negara itu diselesaikan pertikaiannya dulu?

STIGLITZ: Ya. Negara-negara membangun harus boleh menggariskan agenda utama bersama, sesuatu yang dirasakan lebih adil untuk kepentingan bersama.

Katakan misalnya, ``Kami akan bersetuju atas 10 atau 15 isu ini sekiranya (negara-negara maju) yang mengambil dan kemudian membangunkan sumber biodiversiti dari negara-negara membangun bersetuju membayar royalti.''

Apa yang penting negara-negara membangun harus berganding bahu dan mengenal pasti isu-isu kepentingan bersama. Negara-negara membangun harus menyenaraikan tuntutan-tuntutannya.

Selain contoh biodiversiti tadi ada banyak lagi isu lain; hak untuk lesen bagi ubat untuk HIV/AIDS adalah satu contoh yang lain. Pulangan kewangannya tidak banyak tetapi hak itu penting. Dalam isu subsidi pertanian pula ia melibatkan soal kewangan yang lumayan. Ia satu isu ekonomi.

Berganding bahu dan bekerjasama mengenal pasti isu-isu atas kepentingan bersama itu adalah sesuatu yang boleh dilakukan pada peringkat kerajaan. Apakah yang boleh dilakukan oleh civil society?

STIGLITZ: Civil society mempunyai peranan yang penting. Ia harus boleh memastikan kerajaan terus melawan. Walaupun ia hanya boleh berlaku pada peringkat kerajaan tetapi gesaannya boleh datang daripada masyarakat umum.

Rakyat Malaysia misalnya boleh menegaskan kepada kerajaannya, ``Walaupun kapas bukan suatu isu yang melibatkan negara ini tetapi kami mahu kerajaan tidak mudah bersetuju dengan mana-mana perjanjian kerana kami percaya kepada solidariti bersama negara-negara membangun yang lain.''

Apakah senarai tuntutan itu harus juga datang daripada rakyat?

STIGLITZ: Ya, sudah tentu. Usaha merundingkannya dan memilih yang mana satu harus diberikan keutamaan terlebih dahulu adalah isu politik.

Adakah Dr. melihat gerakan protes terhadap globalisasi ini penting?

STIGLITZ: Apa yang berlaku di Seattle pada hujung 1999 itu sangat penting. Ada orang seperti saya yang bekerja di Bank Dunia mengatakan bahawa perdagangan bebas membawa kemudaratan kepada negara-negara membangun tetapi itu adalah satu usaha akademik.

Protes di Seattle telah membuka perhatian media. Civil society mempunyai peranannya yang tersendiri. Protes itu bagaimanapun seharusnya berlaku dengan aman.

Pada masa yang sama, setiap negara mempunyai peranannya mengubah dunia bersama-sama. Ia harus mampu menjawab persoalan bagaimanakah kita boleh menjadikan globalisasi ini sebagai sesuatu yang menguntungkan kita.

Inilah pada pandangan saya yang telah dilakukan dengan baik oleh Malaysia. Negara lain juga boleh melakukannya. Ia boleh meminta syarikat-syarikat asing yang mahu melabur itu melakukan sesuatu untuk meningkatkan kapasiti rakyat negara itu.

Misalnya, syarikat asing boleh datang membantu penerokaan minyak tetapi pada masa yang sama mengajar rakyat negara itu bagaimana melakukannya. Ia mestilah sesuatu yang menguntungkan kedua-dua pihak. Semua pihak mendapat manfaatnya. Tetapi sudah tentu mereka lebih suka mengaut keuntungan yang besar (ketawa).

Salah satu kelebihan globalisasi ialah ada banyak syarikat minyak di dunia ini, sekiranya hanya ada sebuah keadaan tentulah lebih sukar. Sesebuah negara itu harus tahu memilih syarikat yang boleh memberikan pulangan yang menguntungkan kepada negara itu dari segi jangka masa panjang.

Petronas sekarang berada dalam kedudukan yang sangat baik. Ia syarikat yang boleh dipercayai oleh banyak negara kerana ia adalah sebuah syarikat negara membangun. Ia melatih jurutera petroleum dari negara-negara lain. Ia cuba membantu negara-negara lain melakukannya sendiri.

Kita telah berbincang tentang peranan kerajaan dan civil society. Di manakah kedudukan kita sekarang selepas Seattle 1999? Sekarang ini misalnya ada Forum Sosial Dunia di Porto Alegre sebagai antitesis kepada Forum Ekonomi Dunia di Davos.

STIGLITZ: Saya fikir jelas bahawa civil society di serata dunia telah menjadi pemain penting yang kukuh dalam arena antarabangsa. Perang ke atas Iraq telah mencetuskan perkembangan yang sewajarnya kepada kedudukan dan peranan civil society ketika ia bercakap mengenai merombak sistem - perdagangan, kewangan, kemiskinan. Ini semua isu besar.

Di tengah-tengah perbincangan isu-isu besar itu, timbul pula isu perang. Ia menjadi isu yang mendesak. Dari satu sudut semua tenaga yang sepatutnya dihalakan ke arah meningkatkan ketamadunan sejagat yang lebih cemerlang terpaksa ditumpukan kepada usaha menentang kelemahan polity dunia.

Apa yang menarik ialah kita sedang melihat keutamaan diberikan untuk memperbaiki kelemahan polity dunia. Tempoh antara peristiwa 11 September dan perang ke atas Iraq terlalu dekat, dan kita boleh dikatakan hilang tumpuan. Tetapi sekarang nampaknya perbincangan mengubah struktur asas itu mula kembali.

Slogan yang digunakan oleh civil society ialah kita boleh melahirkan sebuah dunia lain, another world is possible. Bolehkah kita mewujudkan sebuah dunia lain?

STIGLITZ: Ya, sudah tentu. Tetapi itu tidak bermakna ia sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Saya lebih percaya ia boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Ia bukan satu revolusi tetapi sebaliknya evolusi, atau revolusi melalui evolusi.

Setiap langkah perubahan itu terlalu kecil sehingga hampir tidak dapat diperhatikan, tetapi dalam tempoh 25 tahun akan datang kita akan melihat sebuah dunia yang lain dari sekarang. Sebahagian daripadanya akan bergantung kepada perubahan ekonomi dunia - kebangkitan China dan India.

Kita masih mempunyai banyak peninggalan dari era kolonialisme, dan sekarang kita berada dalam era baru. Kolonialisme telah mati lebih dari 50 tahun tetapi peraturan dan institusinya masih mempunyai sifat-sifat kolonialisme. Kita tidak menyukainya dan tidak merasakan kita adalah sebahagian daripada peninggalan sejarah itu.

Perang Dunia Kedua telah berakhir 60 tahun lalu tetapi lihat saja siapa yang mempunyai kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kenapa India yang mempunyai penduduk lebih satu bilion bukan salah sebuah negara yang mempunyai kuasa veto? Lihat pula IMF. Kenapa hanya AS satu-satunya negara yang mempunyai kuasa veto?

Inilah contoh-contoh warisan dari masa silam. Perubahannya berlaku dengan agak perlahan tetapi realiti dunia berubah jauh lebih pantas dan memberikan tekanan kepada institusi-institusi ini untuk berubah.

Apakah perubahan yang harus berlaku terhadap Bank Dunia dan IMF?

STIGLITZ: Ini adalah satu isu yang cukup mengganggu fikiran saya.

Kita bercakap tentang urus tadbir yang baik dan nilai demokratik. Salah satu nilai demokratik yang penting ialah orang yang mengetuai institusi awam global sepatutnya orang yang paling layak dipilih dalam proses terbuka, tanpa mengira bangsa, fahaman atau kewarganegaraan. Orang itu semestinya tokoh yang terbaik di dunia. Saya percaya tidak ada orang yang membantah tentang prinsip itu.

Tetapi siapakah yang dipilih untuk mengetuai bank Dunia? Kita tidak bercakap sama ada orang itu layak atau tidak. Orang itu (Paul Wolfowitz) tidak pernah bekerja dalam pembangunan ekonomi, dan dilantik secara umumnya oleh Presiden Bush. Dia adalah seorang duta yang baik di Indonesia dan arkitek perang ke atas Iraq.

Biar apa pun yang dikatakan tentangnya kalau kita meninjau di serata dunia kita akan melihat tokoh ekonomi kelas pertama yang mempunyai kedudukan kanan dalam kerajaan, menunjukkan keyakinan, kecerdasan dan karakter. Saya boleh namakan tokoh-tokoh dan membuat satu senarai pendek. Tetapi mereka tidak mahu senarai pendek itu kerana mereka mahukan seorang rakyat Amerika.

Kepada saya, itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Kita bercakap tentang urus tadbir demokratik. Semua orang mengakui hakikat (salah urus) ini. Kita akan dapat mengubahnya suatu hari nanti.

Saudara bertanya apakah sebuah dunia lain boleh diwujudkan, jawapan saya, sudah tentu kerana apa yang ada sekarang tidak boleh diteruskan lagi. Cumanya ia akan mengambil sedikit masa. AS sudah tentu tidak akan mengalah. Mungkin AS boleh memberikan jawatan ketua IMF dan ia memegang Bank Dunia. Tetapi sudah tentu tidak kedua-duanya.



Apa yang Dr. hujahkan selama ini adalah satu debat ideologi. Adakah Dr. berada di sebelah kiri?

STIGLITZ: Saya tidak melihat diri saya di sebelah kiri tetapi di tengah-tengah. Saya mengambil pendirian yang bertentangan dengan ideologi. Idelogi yang mengatakan bahawa pasaran akan menyelesaikan segala-galanya. Tetapi saya bertolak daripada ilmu ekonomi yang mengatakan tentang peranan dan had pasaran, peranan dan had kerajaan.

Pendirian saya bukanlah sesuatu yang berasaskan kepada ideologi. Saya ada juga mengambil pendirian dengan mengatakan masyarakat harus memikirkan tentang kemiskinan, alam sekitar dan sebagainya.

Tetapi lebih penting daripada itu saya melihat tentang pentingnya proses demokratik. Kalau kita ada proses demokratik dan orang mahu mengatakan kita tidak harus bimbangkan alam sekitar, kita boleh berdebat mengenainya. Apa yang membimbangkan saya ialah kita cuba menekan demokrasi dan secara tidak langsung menekan debat tentang apa yang harus diberikan keutamaan.

Saya berdiri dengan asas ilmu ekonomi dan komitmen terhadap demokrasi. Ia mengatasi ideologi. Mereka yang mempunyai kepentingan dan berpegang kepada ideologi tidak mahu membincangkannya. Mereka cuba menyekatnya dengan mengelaskannya sebagai sayap kanan, sayap kiri dan sebagainya.

Ini bukan soal politik. Ini tentang ekonomi.

Apa pandangan Dr. terhadap kritik yang berpendapat bahawa protes antiglobalisasi ini akan menjadi establishment dan akhirnya sebahagian daripada sistem itu sendiri? Kami merujuk kepada buku The Rebel Sells.

STIGLITZ: Saya berpendapat ini adalah satu proses evolusi. Dalam proses itu kita tidak boleh melihat semua masalah yang timbul. Selepas kita berjaya membawa pembaharuan dalam sesuatu bidang, kita tidak boleh kata tugas itu sudah selesai kerana masalah baru akan timbul.

Mereka bukannya khianat kepada apa yang mereka perjuangkan. Mereka berjaya dalam apa yang mereka perjuangkan tetapi selepas itu dunia berubah dan isu-isu baru timbul. Saya tidak melihatnya sebagai pengkhianatan tetapi evolusi masyarakat yang sentiasa berubah. Perubahan itu pula mendatangkan masalah yang harus diperiksa, dan lazimnya ia disedari oleh generasi baru.





[Adnan: Sunday, September 11, 2005]

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

PENTADBIRAN TENTERA JEPUN






PENGENALAN

Sebelum kedatangan jepun ke tanah melayu, british telah menduduki Negeri-negeri Melayu. Pendudukan jepun di Malaya merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah Negeri-negeri Melayu. Sungguhpun pendudukan itu hanya berlaku selama 3 tahun 9 bulan (15 Februari 1942 hingga 15 Ogos 1945) tetapi perubahan yang dicetuskan sangat penting terutamanya dalam merangsang kesedaran politik orang melayu. Jepun telah membawa slogan kesemakmuran Asia Timur Raya utk mentadbir tanah melayu. Apabila jepun kalah, maka Malaya berada dalam erti kata tanpa pemerintahan selama 3 minggu. Kemudian tanah Negeri-negeri Mulayu diperintah oleh Parti Komonis Malaya dan diambil semula oleh British

Pendudukan jepun telah menguatkan perasaan dan politik perkauman yang berlanjutan sehingga selepas perang. Ia dipelopori oleh tindakan kaum Cina yang kebanyakkannya menyertai MPAJA yang berfahaman komunis yg kemudiannya meneruskan perjuangan dan cita-cita perkauman antara org Melayu, Cina dan India dapat dibendung kemudiannya, dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara, yg juga mewakili ketiga-tiga kaum ini. Pentadbiran Jepun sebenarnya ada dua corak pemerintahan iaitu pemerintahan secara tentera dan pemerintahan secara awam. Pentadbiran tentera bermaksud segala bentuk pentadbiran iaitu dari segi ekonomi, politik dan sosialnya adalah ditadbir oleh cara tentera. Apabila adanya pentadbiran tentera maka ini beerti tidak ada lagi pentadbiran awamnya. Awam merujuk kepada perlembagaan atau pemerintahan yg bercorak demokrasi tetapi jepun mewujudkan perlembagaan tentera. Ini bermakna ia bercanggah dengan konsep awam. Apa sahaja institusi dalam Negara di kuasai oleh tentera dan bukan awam lagi. Contoh yang dibayangi oleh pentadbiran jenis ini ialah Korea, Burma dan Pakistan.

Jepun merampas Malaya daripada British secara mengejut pada bulan Disember 1941, tetapi menyerah kalah 3 tahun 9 bulan kemudian setelah Nagasaki dan Hiroshima dibom. Seperti penjajah Eropah sebelumnya, Jepun menakluki Negeri-negeri Melayu kerana sebab-sebab ekonomi dan politik. Mereka meminati hasil bumi Malaya disamping ingin memperluas empayar Jepun. Jepun memerintah dengan kekerasan. Mereka paling ganas kepada Cina yang telah menjadi musuh Jepun semenjak berperang di tanah besar Asia. Pemerintahan tentera Jepun telah mendatangkan kesan mendalam pada rakyat di Negeri-negeri Melayu.

Pentadbiran Tentera (dasar politik)

Kerajaan Jepun telah mewujudkan pentadbiran tentera kerana ketika itu Jepun masih dalam peperangan. Matlamatnya utk membentuk Pemerintahan Baru Asia Timur masih belum berjaya ketika itu kerana negara-negara New Zealand, Australia dan India masih belum dapat ditakluki serta menentang serangan balas kuasa-kuasa barat. Panglima tentera Bitish yang menyerah diri ialah LT. Jeneral A.E Percival. Panglima tentera Jepun yang mengalahkan pihak Bitish itu pula bernama Lt. Jeneral Yamashita Tomoyuki . Oleh kerana Jepun pada masa itu masih berperang di tempat lain, maka pemerintahan di Malaya merupakan pemerintahan tentera yang dikenali dengan nama Pemerintahan Tentera Tanah Melayu (PTTM).

Dasar pemerintahan Jepun juga dikatakan pemerintahan tentera yang mana dijalankan mengikut unit-unit kewilayahan. Ketua unit adalah seorang Presiden yang dikenali sebagai Gunseikan. Singapura mempunyai ketua bandarnya sendiri. Malaya terbahagi kepada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu.

Asia tenggara yg dikuasai telah dibahagikan kpd 8 kawasan. Setiap kawasan ditadbir oleh 1 pasukan tentera. Malaya dan Sumatera telah digabungkan dan diletakkan di bawah pentadbiran tentera dari pasukan ke-25 yang diketuai oleh Jeneral Hitoshi Nishioeda. Manakala pentadbiran tentera yang dilaksanakan di kedua tempat ini diberi kepada Mejar General Manaki Keishi selaku Ketua Pentadbiran Tentera. Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran am dilakukan oleh Kolonel Watanable Wataru.

Negeri-negeri Melayu dan Singapura di letakkan di bawah pemerintahan tentera Jepun dengan ketua Negara (Gabenor) yang tinggal di Singapura. Walau bagaimanapun, pentadbiran Negeri-negeri Melayu dan Singapura di beri organisasi pentadbiran yang berasingan.

Singapura di beri nama Syonan dan diisytiharkan sebagai sebuah perbandaran di bawah datuk bandar atau Syonan digelar Cahaya Timur dengan Singapura di beri status tanah jajahan dan Negeri-negeri Melayu di beri nama New Malai atau Malaya Baru. Negeri-negeri Melayu dan singapura pula dijadikan sebagai kawasan naungan dan ditadbir setiap negeri oleh seorang Presiden, yang bertanggungjawab kpd Gabenor. Sultan disahkan sebagai ketua agama dan berfungsi sbg ketua hal ehwal agama islam sahaja.

Kebanyakan jawatan2 rendah seperti askar dan mata-mata diberikan kepada orang-orang Melayu dan bukan kepada India dan Cina. Itulah sebabnya ramai askar Melayu ketika itu. Akibat daripada pilih kasih itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang-orang Cina. Penyatuan orang-orang Cina yang memang anti-Jepun itu telah beberapa kali menyerang Jepun. Orang Cina telah menubuhkan MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) yang berjuang menentang pentadbiran Jepun. MPAJA itu telah diresapi oleh ajaran komunis dan itulah sebabnya ramai anggota MPAJA adalah komunis. MPAJA telah meneruskan perjuangan itu walaupun perjuangan itu tidak mendapat sokongan daripada kaum Melayu dan India.

Dengan pentadbiran tentera, Malaya dijadikan kawasan Nipponnya iaitu menjadi milik terus jajahan mereka. Sementara Sumatera di Indonesia pula merupakan gabungan. Tetapi cita-cita itu tidak dapat dilaksanakan kerana pembahagian itu telah dibuat sejak perjanjian Inggeris Belanda tahun 1824 yang lalu. Dalam perubahan pentadbiran itu, Jepun telah mengadakan pentadbiran secara Majlis Perundingan mulai Oktober 1943. Dengan adanya majlis tersebut di tiap-tiap wilayah, seorang gabenor yang dilantik yang juga menjadi pengerusi kepada majlis tersebut. Sultan pula sebagai naib pengerusi. Dalam pengurusan tersebut, bilangan anak tempatan yang menjadi ahli telah ditambah.

Dari segi keselamatan pula, pasukan polis yang ditubuhkan di Malaya telah ditempatkan di pekan-pekan dan bandar-bandar kecil. Polis juga ditempatkan di beberapa bahagian di Malaya. Bagi kemudahan, satu system Pendaftaran Keluarga telah diadakan dengan memberikan satu keping Sijil Hidup dengan aman. Pindaan di dalam sijil itu boleh dilakukan bila ada kanak-kana yang baru lahir, kematian dan perkahwinan. Melalui system itu, setiap orang akan bertanggungjawab kpd ahli keluarganya.

Dari segi ketenteraman awam, Jepun telah memperkenalkan Sistem Kawalan. System tersebut diperkenalkan dalam tahun 1944 iaitu mewajibkan penduduk di sesuatu tempat menjalankan rondaan waktu malam bagi mencegah kecurian, kebakaran serta mereka diberi kuasa menangkap sesiapa yang dicurigai. Jabatan kehakiman juga ditubuhkan. Pada bulan April 1942, telah diadakan Mahkamah Tentera. Mahkamah tersebut dikendali oleh Jeneral Yamashita yang mempunyai bidang kuasa atas hal ehwal politik, kehakiman, pembicaraan serta keselamatan Negara. Hukuman dijalankan mengikut Undang-undang dan Hukuman Angkatan Tenteranya. Dengan adanya peraturan dan hukuman tersebut, menyebabkan penduduk di Malaya takut dan masing-masing tidak mahu dibicarakan. Sekiranya tertangkap kerana melakukan kesalahan dan dibicarakan, mereka tetap dihukum. Akibat daripada hukuman yang tegas dan tidak berperikemanusiaan itulah, penduduk-penduduk begitu benci dengan cara pemerintahan Jepun itu. Beberapa depot dan Maktab Angkatan Tentera telah didirikan oleh pihak Jepun kerana mereka lebih memberatkan kerajinan iaitu Jepun mahu menipponkan orang2 Malaya.

Selain itu dasar pemerintahan tentera juga adalah dalam bentuk dasar terhadap Sultan. Bagi mencapai maksud ini, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu pada mulanya bertujuan meminta Sultan-sultan menyerahkan hak kedaulatan mereka serta negeri-negeri mereka. Pihak Jepun tidak mahu mengiktiraf mereka sebagai sultan. Pada bulan September 1942, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu telah menukar dasarnya dan sedia mengiktiraf taraf Sultan-Sultan di Malaya. Namun demikian, elaun bulanan mereka dikurangkan.

Pada ahkir tahun 1942 markas tentera Jepun di Tokyo telah mengarahkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu supaya lebih berhati-hati tentang sikap dan layanannya terhadap Sultan-sultan. Pada 20 Januari 1943, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu telah mengadakan persidangan yang dihadiri oleh Sultan-sultan dari Negeri-negeri Melayu dan Sumatera di Singapura dan pihak Jepun telah mengumumkan dasar barunya terhadap Sultan-sultan. kerajaan Jepun mengiktiraf hak Raja-raja Melayu menggunakan gelaran sultan dan mengesahkan kedudukan mereka sebagai ketua agama islam. Elaun mereka hendaklah dibayar sama banyak seperti sebelum perang dan mereka dibenarkan menyimpan harta.

Ibrahim Yaakob bekas pemimpin KMM telah diminta oleh Jepun menubuhkan Badan Penasihat Bumiputera pada Pemerintah Tentera Jepun bagi Malaya dan Sumatera. Pada tahun 1943 Jepun telah membentuk satu pasukan Melayu yang separuh tentera bernama Pembela Tanahair (PETA) ataupun dalam bahasa Jepunnya Giyu Gun. Ibrahim Yaakob telah dilantik menjadi ketua dengan berpangkat Leftenan Kolonel. Di peringkat ini, orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun bertujuan menggunakan peluang yang diberi oleh Jepun utk melatih orang Melayu menjaga kepentingan Melayu.

Untuk menjaga dan mengekalkan keamanan, Jepun telah mengadakan Perkhidmatan Sulit Jepun (Tekkikan), Polis Tentera (Kempetei), Anggota Jabatan Penyiasat (Toko) dan polis biasa.



a) Tekkikan

Perisik tertinggi tentera Jepun yang mempunyai organisasi yang luas dan kompleks. Badan ini mempunyai hubungan di seluruh dunia. Tugasnya ialah menjalankan propaganda, sabotaj dan melakukan pembunuhan jika perlu.



b) Toko

Terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Jepun yang menjalankan tugas-tugas perisikan di seluruh tempat di Negeri-negeri Melayu.



c) Kempetei

Merupakan pasukan tentera yang bertindak sebagai perisik-perisik yang menyelidik masyarakat untuk mempastikan sebarang bantahan dan rasa tidak puas hati orang ramai dapat dibendung dan mereka yang dianggap berbahaya kepada pentadbiran Jepun ditangkap dan dihukum. Di antara ketiga-tiga unit itu, Kempetei merupakan polis yang paling dirasai kewujudannya dan ditakuti oleh orang ramai. Pasukan ini terdiri daripada berbagai kaum tetapi kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Mereka mempunyai kuasa yang tidak terbatas di dalam menyoal dan menghukum orang ramai yang dikatakan bersikap anti kerajaan dalam sebarang bentuk perlakuan. Sikap anggota Kempetei bukan bangsa Jepun ini kadangkala lebih ganas daripada Jepun sendiri.



Jepun mengadakan Perkhidmatan Negara (nasional service) iaitu orang lelaki yang dimestikan memasuki salah satu pasukan tentera iaitu sama ada Giyugun, Boetai atau Heihas. Giyugun ialah unit sukarela tempatan. Keahliannya terdiri daripada orang-orang Melayu. Hanya sebilangan kecil terdiri daripada bangsa Cina dan India. Tugas pasukan ini ialah untuk menjaga dan mempertahankan Malaya. Boetai merupakan pasukan yang diguna khas bagi menentang komunis termasuklah MPAJA. Heihas pula dianggotai oleh orang-orang Melayu dan Indonesia. Tugas mereka ialah untuk menjaga keamanan di mana-mana yang diperlukan.

Wujudnya pasukan-pasukan ini dan pasukan-pasukan perisikan tadi maka pemerintahan ketenteraan Jepun di Malaya tidak menghadapi banyak ancaman atau penentangan orang ramai. Pentadbiran tentera Jepun juga mengarahkan mempelajari bahasa Jepun. Sekolah Melayu yang dibuka semula diwajibkan mengajar bahasa Jepun sebagai salah satu mata pelajaran. Langkah Jepun menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi di Kelantan tidak berjaya. Bahasa Melayu rumi dan jawi serta bahasa inggeris digunakan dalam surat perjalanan pentadbiran. Contohnya di Terengganu, pegawai kerajaan diarahkan mendaftar nama untuk mengikuti kursus bahasa Jepun yang diadakan di bangunan Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman.

Ketika pentadbiran tentera Jepun, putera Sultan tidak di benarkan memakai bendera kerana khuatirkan timbul kesamaran dengan bendera yang dipakai oleh pegawai Jepun. Dalam hal ini, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pula diingatkan jangan menggunakan bendera kuning putih kerana warna itu dipakai oleh Jeneral Jepun. Kemudiannya pentadbiran tentera Jepun memberhentikan jawatan menteri besar dan memansuhkan majlis mesyuarat negeri.

Pada masa pentadbiran tentera Jepun, mahkamah juga mengalami perubahan. Misalnya mahkamah Terengganu dibahagikan kepada 3 jenis iaitu mahkamah Koto Hoin atau mahkamah Besar, Mahkamah Ciho Hoin atau mahkamah jajahan dan mahkamah Kaikyo Hoin atau mahkamah kadi. Tiap-tiap mahkamah diingatkan supaya meletakkan nama berdasarkan tempat masing-masing. Misalnya Mahkamah Besar Negeri Terengganu di bawah pentadbiran tentera dan untuk mahkamah jajahan pula, Gunseibu Terengganu Ciho Hoin. Di dalam tiap-tiap mahkamah hendaklah dinaikkan bendera Nippon.

Pentadbiran tentera Jepun tidak lagi memberi cuti kelepasan kepada hari Sultan. Kerajaan tentera Jepun juga menegah menaikkan bendera di perkarangan istana kerana dianggap bukan sebahagian daripada agama. Arahan juga dikeluarkan membatalkan kereta sultan atau pegawai kerajaan memakai bendera kerajaan atau Jepun. Pihak pentadbiran tentera Jepun juga tidak membenarkan memakai lambang kerajaan negeri yang berbentuk mahkota dan keris kerana itu dianggap bukan cop bagi keturunan sultan tetapi hanyalah cop bagi kerajaan dahulu.



DASAR SOSIAL JEPUN

Ketika pemerintahan Jepun di Malaya, keadaan di Negeri-negeri Melayu disifatkan amat menyedihkan. Joginder Singh Jessy dalam bukunya ada menyatakan penduduk tanah melayu hidup dalam keadaan terhimpit, menderita, melarat dan ketakutan. Segala gerak geri rakyat sentiasa diawasi oleh tentera Jepun. Orang-orang yang disyaki menentang atau menyokong kuasa-kuasa lain akan dihukum dengan kejam dan ada yang dibunuh.

Pada masa itu, Jepun telah mengambil pemuda-pemuda Malaya untuk di bawa ke sempadan Malaya-Siam-Burma (sekarang Myanmar) untuk membina jalan keretaapi maut. Semasa menjalankan tugas tersebut, ramai penduduk Malaya yang disuruh bekerja dan dilayan tanpa rasa perikemanusiaan sehingga ramai yang terkorban. Walaubagaimanapun, pemerintahan Jepun juga membawa kebaikan kepada orang Melayu dengan memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu, manakala orang-orang Cina ditindas dengan kejam.

Tan Deng Eng dalam bukunya History of Malaya and Singapore menyatakan: Tindakan kejam terhadap orang Cina di Negeri-negeri Melayu disebabkan orang Cina dan Negara China adalah musuh lama Jepun, iaitu sejak perang China-Jepun lagi. Oleh kerana tindakan Jepun ke atas orang-orang Cina terbabit, menyebabkan mereka menentang pemerintah Jepun di Malaya dengan menyertai pergerakan komunis.

Keadaan social juga dalam kedaan tenat, kecurian, perbalahan dan sebagainya sering berlaku kerana rakyat kekurangan bahan makanan dan pekerjaan. Jepun juga cuba merubah budaya masyarakat tempatan dengan usaha men‘Jepun’kan orang-orang Malaya . Ia dilakukan melalui system pendidikan yang diperkenalkan olehnya yang menerapkan budaya seperti diwajibkan menyanyi lagu kebangsaan Jepun dengan membongkokkan badan kearah Negara Jepun, mempelajari bahasa dan kesusasteraan Jepun dan sebagainya.

Ia juga adalah salah usaha pihak Jepun untuk menghapuskan system pendidikan dan budaya barat yang telah ada di kalangan penduduk Malaya ketika itu. Di samping tindakan-tindakan di atas mereka juga turut menyekat penggunaan radio dan menonton filem-filem barat yg menjadi salah satu usaha mereka untuk melahirkan keadaan social yg berbentuk Jepun di Malaya. Keadaan ini melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Namun begitu rakyat tidak dapat bertindak terang-terang kerana hukuman bunuh akan dikenakan kpd sesiapa sahaja yang menentang pemerintahan Jepun.



DASAR EKONOMI JEPUN

Dari segi ekonomi, Jepun telah menukar dasar ekonomi Malaya daripada ekonomi usaha bebas kepada ekonomi kawalan, iaitu Jepun cuba melahirkan satu system ekonomi yang bersifat berdikari dan menjalankan dasar tutup pintu. Ini bermakna jepun tidak menggalakkan eksport sebaliknya menggalakkan industri ringan dan sedikit industri berat.

Semua kegiatan ekonomi seperti industri bank, pengangkutan, perlombongan dan estet-estet yang dahulunya dikuasai oleh pemodal Eropah dan China telah diambil alih oleh Jepun. Dari segi kegiatan pertanian, Jepun telah menjadikan kegiatan pertanian sebagai satu kegiatan umum bagi mengatasi masalah kekurangan makanan. Penanaman padi diutamakan supaya pengeluaran makanan mencukupi. Rancangan 3 tahun sara diri telah dijalankan dengan memperkenalkan penanaman padi 2 kali setahun.

Pada keseluruhannya, perkembangan ekonomi Malaya merosot dan menjadi lumpuh sehingga timbulnya masalah pengangguran, kebuluran dan inflasi berleluasa di Negeri-negeri Melayu. Antaranya harga barangan dan makanan naik, tetapi nilai mata wang pokok pisang yg diperkenalkan Jepun sangat rendah kerana pengeluaran wang tersebut tidak dikawal. Pengeluaran barang utama juga dikawal rapi. Permit dikenakan terhadap semua jenis pengangkutan dan perdagangan. Catuan pembelian beras juga dilakukan dgn setiap penduduk perlu menggunakan system kupon untuk mendapatkan beras. Kekurangan makanan juga menyebabkan ramai penduduk menghadapi masalah kesihatan hinggakan ramai penduduk yang dijangkiti pelbagai penyakit.

Namun begitu, walau apapun kedudukan ekonomi penduduk Malaya, kewujudan pentadbiran Jepun di Negara ini turut menggalakkan kegiatan dan kedatangan syarikat-syarikat besar dari Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.



KESAN2 PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1) Zaman pendudukan Jepun merupakan zaman pahit dalam sejarah hidup orang-orang di Malaya, seperti yang telah dinyatakan, kehidupan orang-oang tempatan penuh dengan penderitaan dan penindasan. Zaman pendudukan Jepun menjadi ingatan yang sukar dilupa.

2) Oleh kerana zaman pendudukan Jepun tidak ada pekerjaan, kekurangan makanan dan barang keperluan harian, tidak ada rancangan pembangunan social dan adanya dasar ‘pecah dan perintah’ menyebabkan masa-masa awal selepas peperangan tamat, timbulnya berbagai-berbagai masalah

3) Pemerintahan tentera British dan kerajaan awam yang ditubuhkan kemudian terpaksa melakukan pelbagai langkah untuk memulihkan keadaan Negara.

4) Dasar pecah dan perintah Jepun secara tidak langsung menimbulkan perselisihan di antara Melayu dengan orang Cina selepas peperangan tamat. Ini disebabkan orang-orang Cina terutama dari pertubuhan MPAJA mahu membalas dendam terhadap orang-orang Melayu yang dituduh menjadi penyokong Jepun.

5) Orang-orang Melayu terpaksa bertindak balas terutama terhadap anggota MPAJA atau dikenali sebagai Tentera Bintang Tiga. Akibat daripada tindakan tersebut, beberapa pertempuran kaum berlaku yang agak sengit berlaku di Johor

6) PKM dan MPAJA tajaan PKM dianggap wira kerana melindungi dan menolong orang Cina daripada penindasan Jepun

7) Selepas perang, PKM diiktiraf oleh pemerintah British sebagai parti yang sah memandangkan sumbangan PKM membantu British menentang Jepun.

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

MALAYAN UNION:


Proses Pengenalan dan Reaksi Masyarakat Di Tanah Melayu

By: Mahadi





Proses perkembangan pemikiran kebangkitan masyarakat di negeri-negeri Melayu khususnya orang-orang Melayu bermula apabila pihak penjajah Jepun memberi kelonggaran kepada masyarakat tempatan membentuk organisasi mereka sendiri. Jepun dianggap sebagai pelindung dan pembela yang baru bagi menghadapi ancaman yang lebih besar daripada kuasa penjajah British dari barat. Jepunlah satu-satunya kuasa Timur yang dapat menolong untuk melepaskan diri daripada belenggu penjajah.



Setelah Jepun menyerah kalah, pihak British kembali menguasai Tanah Melayu tetapi pada masa ini semangat kebangsaan semakin membuak-buak apabila British ingin memperkenalkan satu konsep pemerintahan yang baru yang dikenali sebagai Malayan Union. Malayan Union adalah satu langkah pentadbiran yang sangat maju. Malayan Union bertujuan untuk mengadakan langkah-langkah bekerajaan sendiri, mngemaskinikan system pentadbiran dan menjadikan Tanah Melayu sebagai pusat pertahanan British yang penting di Asia Tenggara. Bagi usaha tersebut, Malayan Union ini akan dijadikan sebuah negeri kesatuan dengan kuasa pentadbiran secara langsung dari British dengan berwakilkan seorang Gabenor yang akan memegang kuasa eksekutif dan perundangan.





Sebagai langkah untuk menjayakannya, British menjalankan usaha mendapatkan tandatangan persetujuan daripada raja-raja Melayu. Untuk tujuan ini, Sir Harold Micheal telan dilantik sebagai wakil khas kerajaan British ke Tanah Melayu. Di antara 20 Oktober dengan 21 Disember 1945, hanya kira-kira dua bulan sahaja, MacMicheal telah berjaya memperolehi tandatangan kesemua sembilan raja-raja Melayu.



Tindakan MacMicheal ini memcetuskan kemarahan orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Ini disebabkan cara mendapatkan persetujuan ini melalui ugutan dan paksaan serta putar belitnya. Contoh pakasaan dapat dilihat dalam Surat Sultan Kedah yang menyatakan:



“saya telah diberi kata dua dengan mulut dengan masa yang dihadkan dan jikalau saya menolak daripada menurunkan tandatangan ke atas apa yang saya katakana alat menyerah diri pengganti saya yang akan menurunkan tandatangannya, akan dilantik. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah terpaksa menurunkan tandatangan dengan mengaku mereka akan menasihatkan saya supaya meneurunkan tandatangan. Saya telah diberitahu iaitu perkara itu adalah perkara sahsiah dan sulit dan saya pula tidak dibenarkan menceritakan apa yang telah berlaku”.





Taktik penipuan MacMicheal dapat dilihat melalui juga pengakuan beberapa orang sultan. Sultan Kelantan iaitu Sultan Ibrahim telah mendedahkan perkara sebenar seperti yang dilaporkan dalam akhbar Warta Negara bertarikh 22.1.1946:

“Penandatangani perjanjian 15 Disenber 1945 oleh Sultan Ibrahim adalah tiada diberi peluang memerhati isi kandungan kertas putih kepada baginda dan penasihatnya”.





Dalam satu contoh lagi yang kita boleh lihat ialah cara MacMicheal yang begitu bijak menggunakan keuzuran dan ‘kebodohan’ raja-raja Melayu dalam persetujuan pemindahan kuasa ini. Apatah lagi raja-raja Melayu ini tidak mempunyai atau diberi peluang untuk meneliti kandungan Malayan Union ini. Nasihat para pembesar hanya dipandang enteng oleh mata penjajah British.



Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu. Mereka merasa terhina kerana raja-raja Melayu telah diperas ugut oleh British. Apatah lagi penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kepentingan orang Melayu dibumi sendiri. Sebagai melahirkan bantahan ini, beberapa tunjuk perasaan telah diadakan. Pada 15 Disember 1945, Kesatuan Melayu Kelantan yang disertai seramai 10 ribu orang telah berkumpul dihadapan istana di Kota Bharu semasa MacMicheal menemui Sultan Kelantan bagai mendapatkan tandantangan baginda.



Dalam usaha penentangan yang banyak digerakkan oleh golongan elit tradisional ini, sebenarnya ada juga golongan yang menyokong penubuhan Malayan Union. Mereka ini ialah dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Tujuan penyokongan mereka bukanlah untuk ‘mencurah minyak dalam api’ tetapi tujuan mereka ingin mengapuskan feudalisme yang mereka merasakan kemewahan hanya dinikmati oleh golongan atasan manakala golongan bawahan masih lagi seperti ‘katak dibawah tempurung’. Dasar PKMM ini selari dengan matlamat Malayan Union. Menurut PKMM:

“Mereka itu sentiasa terpengaruh dengan orang-orang yang diatasnya dan lazimnya orang di atas itu mengaku ia bayangan Tuhan, Khalifah dan penaung agama Islam.”



Namun demikian tidak bermaksud PKMM menyokong Malayan Union hingga ke akhirnya kerana pada saat penubuhan, mereka berpaling tadah menyokong matlamat Kongres Melayu 1946 di bawah pimpinan Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semanjung Johor (PMSJ), Dato’ Onn Jaafar. PKMM menolak Malayan Union pada masa ini kerana kewujudan Malayan Union nanti akan menghapuskan kuasa sultan, pemberian hak kewarganegaraan yang sama dan mudah kepada orang asing, cara pengenalan Malayan Union yang berunsurkan tidak demokratik dan pemisahan Singapura daripada Malayan Union.



Berbalik kepada situasi pada awal perbicangan tadi, kita dapat menggambarkan betapa tingginya kesedaran masyarakat Melayu pada ketika itu. Bibit-bibit kesedaran masyarakat Melayu mulai disemai subur sejak pendudukan Jepun lagi. Selain itu juga , latar belakang social pendidikan dan prasarana awam ketika itu menjadi kekangan kepada perhimpunan sebesar itu. Namun demikian, kesedran pemikiran tiggi terhadap hak-hak mereka akibat dasar-dasar semasa pemerintahan Jepun berjaya menapis segala bentuk kekangan tersebut.





Walaupun tentangan berapi-api, namun kesemua tandatangan sultan mudah diperolehi oleh MacMicheal. Ini bermakna secara langsung hak dan kedaulatan raja-raja terhapus walaupun hakikatnya persetujuan yang telah diperolehi oleh British tidak diiktiraf dan dianggap tidak oleh orang-orang Melayu. Ekoran daripada itu, pada 1 Januari 1946, Pergerakan Melayu Johor telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar. Pada 10 Februari 1946, Gerakan Melayu Semenanjung (Johor) yang disertai 15 000 termasuk 450 wanita melakukan demonstrasi yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Pada bulan Mac 1946, kira-kira 200 wakil pertubuhan Melayu yang mewakili 41 buah badan telah berhimpun di Kuala Lumpur dalam Kongres Melayu Semenanjung. Perhimpunan kongres ini disertai dalah bertujuan untuk membincangkan pergerakan nasionalisme Melayu dan kempen yang mesti diselaraskan untuk menentang Malayan Union.



Penentang terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara. Akhbar sebagai salah satu medium dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu agar bangun untuk menentang propaganda Birtish ini. Maklumat yang disebarkan berkisar tentang perjuangan-perjuangan pemimpim tempatan seperti Dato’ Onn Jaafar. Antara akhbar yang digunakan ialah Warta Negara, Utusan Melayu dan Majlis. Utusan Melayu banyak mengemukakan idea-idea bagi membuka minda orang-orang Melayu bersatu menentang Malayan Union. Manakala Warta Negara menyiarkan berita-berita penentangan di neger-negeri Utara. Umpamanya, Warta Negara menyiarkan berita perarakan raksasa yang diterajui oleh Persatuan Melayu Kedah menentang Malayan Union yang disertai oleh semua lapisan masyarakat pada 19 Januari 1946. muka depan akhbar tersebut bertajuk “Lebih daripada 50 000 Orang Melayu Kedah Membantuh Kesatuan Malaya”.



Penentangan yng hebat terhadap proses pengenalan Malayan Union tercetus kerana isi kandungan kesatuan yang ingin diadakan memang ‘gila’ dan kesannya dalam jangka panjang akan membuahkan masyarakat Melayu akan merempat di tanah air sendiri. Selain daripada hak-hak keistimewaan raja-raja Melayu tergugat, syarat kerakyatan berdasarkan Jus Soli kepada bangsa imigran Cina dan India merupakan satu tamparan yang hebat kepada masyarakat pribumi. Orang Melayu bimbang akan hak kerakyatan yang longgar akan menjadikan kaum pendatang melebihi bilangan penduduk kaum bumiputera. Ini terbukti pada tahu8n 1947, jumlah penduduk orang Melayu hanya 49.46% daripada jumlah pebduduk di Tanah Melayu.



Implikasinya, kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu akan terjejas, kaum-kaum pendatang ini akan lebih berani mengekplotasi ekonomi sesuka hati kerana mempunyai hak-hak yang sama, sebelum ini keistimewaan hanya untuk kaum bumiputera sahaja. Kesangsian orang Melayu semakin menebal kepada orang-otang khususnya kerana kewarganegaraan yang sama juga akan menjejaskan hak orang Melayu dari aspek politik. Sekiranya oarng Cina dapat menguasai politik tanah Melayu, sudah pasti corak pemerintahan komusis akan dipaksikan kerana di China, pengaruh Koumintang mendominasi pemerintahan di China.

Sebenarnya kalau kita teliti, kerenggangan hubungan Melayu dan Cina ini ‘berkuatkuasa’ apabila Jepun menduduki Tanah Melayu. Dasar Jepun terhadap kedua-dua bangsa ini amat berbeza. Layanan ke atas masyarakat Melayu begitu baik sekali kerana mereka ingin mempengaruhi masyarakat tempatan. Terdapat juga pemimpin tempatan dilantik memegang jawatan Pegawai Daerah. Keadaan ini begitu berbeza terhadap orang Cina kerana Jepun sudah lama berdendam dengan China sebelum era Perang Dunia I lagi.



Orang Melayu dipelawa memasuki tentera dan polis Jepun seperti kempetai. Pihak Jepun menggunakan orang Melayu untuk menentang orang Cina yang menyertai MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Kesannya kebencian terhadap orang Melayu semakin marak. Permusuhan yang timbul dengan orang Cina menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka bumiputera Melayu. Manakala di pihak Cina, kebencian semakin membuak-buak apabila Jepun menyerah kalah. Orang Cina yang sebelum ini menubuhkan Bintang Tiga telah keluar dari hutan telah memulakan huru-hara. Orang Melayu yang dikatakan bekerjasama dan menjadi tali barut Jepun telah dibunuh dengan kejam. Sikap dikriminasi Jepun ini menjadi titik tolak kepada perubahan pemikiran oaring Melayu kepada semangat nasionalisme. Kesedaran oarng-orang lebih terbuka dengan pemberian taraf kerakyatan yang begitu longgar dan mudah melalui syarat-syarat dalam perlembagaan Malayan Union.



Kesedaran pemikiran oaring Melayu terhadap penjajahan ditonjolkan dalam bentuk penentangan Malayan Union. Pengenalan Malayan Union akan menukar status Tanah Melayu kepada negeri jajahan British. Cantuman negeri-negeri Selat, NNMB dan NNMTB akan Tanah Jajahan Makhota British. British tidak perlu lagi susah-susah untuk mendapat persetujuan daripada sultan-sultan apabila ingin membuat sesuatu dasar terhadap kesatuan Malayan Union. Orang Melayu merasa lebih terhina kerana Tanah Melayu begitu mudah dijajah dengan hanya memperolehi tandatangan daripada raja-raja Melayu. Kedaulatan raja-raja Melayu telah tercemar sewenag-wenangnya.



Singapura pula diasingkan kerana penduduk Cina ramai, kedudukan strategic dan bertaraf pelabuhan bebas. Ia menjadi wilayah berasingan dan ditadbir oleh seorang gabenor. Ini meneimbulkan kemarahan orang Melayu kerana seolah-olah memihak kepada masyarakat Cina. Tindakan British ini dapatlah dianggap sebagi hukuman dan balas dendam terhadap Melayu kerana telah menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya The Malayan Union mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majority pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun.



Pemisahan singapura daripada jajahan British dilihat sebagai satu tindakan yang mengenepikan orang-orang Melayu. Bentuk penjajahan British semakin ketara dengan menonjolkan sikap berkepentingan terhadap ekonomi dan politik semata-mata. Sekiranya rancangan Malayan Union berjaya dilaksanakan, ini bererti Tanah Melayu telah dikuasai penjajah. Sikap anti imperialisme barat ini telah dicetuskan Jepun dalam siri kempenya mengatakan bahawa orang Melayu berhak ke atas Tanah Melayu serta menganggap bangsa lain sebagai pendatang.



Hasil daripda Kongres Melayu Se-Malaysia lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Terjemahan ini dalam Bahasa Inggerisnya iaitu United Malays National Organization (UMNO) pada 11 Mei 1946. Atas tiket UMNO, orang Melayu mula bersatu dengan mengenepikan semangat kenegerian sehingga semangat ini semakin berkurangan kerana semangat kebangsaan diutamakan. Menurut Zainal Abidin etc:



“pPada masa itu UMNO tidak mempunyai ahli perseorangan secara langsung. Keanggotanya terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan. Seseorang yang hendak menjadi ahli UMNO hendaklah terlebih dahulu menjadi ahli pertubuhan seperti Perikatan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Pahang. Menerusi persatuan-persatuan inilah seseorang itu menjadi ahli UMNO.”





Semangat yang ditunjukkan oleh persatuan orang-orang Melayu di setiap negeri mengenepikan semangat kenegerian melalui penyertaan dalam UMNO. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Ahmad Boestaman yang sebelum ini menyokong penubuhan Malayan Union akhirnya bekerjasama dengan UMNO. Perjuangan ingin mengubah sosio-ekonomi orang-orang Melayu.

Peranan yang dimaiankan oleh UMNO untuk membuka minda orang-orang Melayu agar bersatu dan bersemangat nasionalisme tinggi. Walaubagaimanapin, perjuangan UMNO bukanlah bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan pada mulanya. Ini jelas melalui kata-kata Dato’ Onn Jaafar dalam Straits Echo bertarikh 3 Mac 1957:



“We have heard cries of merdeka. The desire for independence is natural. Inderpendece is not an easy thing to attain. I would ask the Malays to get personel independence first, independence by shunning ourself-interst and wirking for the wellbeing of the people we should equip ourselves equally before we seek to achieve independence. This cannot be done by calling for sheeding of blood but be done by uniting and stiving hard so that the words of Hang Tuah ‘Malay will be never eliminated’ become reality...”





Perjuangan sebenar UMNO adalah untuk menghalang pelaksanaan Malayan Union demi kepentingan raja-raja dan orang-orang Melayu. Hasil penentangan yang hebat daripada UMNO menyebabkan pihak British terpaksa ‘mengagalkan’ usaha mereka tentang tujuan penubuhan tersebut. UMNO berjaya dan sebagai gantinya, British bersetuju untuk membincangkan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Julai 1946.













BIBLIOGRAFI

 Barbara Watson Andaya dan Leopard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia (Terjemahaan), Petaling Jaya, MacMillan Publisher Sdn. Bhd



 Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden,, Edisi Kedua,1985. Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur,.



 Ismail Mohd Noor dan Muhamad Azahabi, Takkan Melayu Hilang Di Dunia, . Selangor, Pelanduk Publications.



 Mohamed Nordin Sopie, From Malayan Union To Singapore Separation. Political Unitication In The Malysia Region (1945-65) 1976. Kuala Lumpur Penerbit Universiti Malaya.



 Ramlah Adam, 2004. Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.



 Ramlah Adam, Ahmad Boestaman: Satu Biografi Politik, 1994. , Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.



 Tan Ding Eing, A Potrait Of Malaysia And Singapore,1975. Singapore, Oxford University Press.



 Zainal Abidin b. Abdul Wahid et.AI, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.







Wesite:

 http://www.geocities.com/cominglucky kesanjepun.htm

 http://www.geocities.com/coming lucky.mu.htm