? ??????????????Lost in the View? ????? ?? ???Rating: 4.1 (14 Ratings)??423 Grabs Today. 7406 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Snowy Winter? ????? ?? ???Rating: 4.2 (42 Ratings)??371 Grabs Today. 8818 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

25 February 2010

Rangka Manusia Terawal

Perak Manusia Terawal di Malaysia

Manusia Terawal Di Malaysia


Manusia istimewa dan terawal





Di Malaysia, zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia telah disahkan melalui pentarikhan saintifik dengan penemuan alat batu di Kota Tampan Lenggong pada tahun 1987. Ini telah meletakkan Malaysia antara negara terawal yang melalui zaman Prasejarah di dunia.

Selain itu, penemuan rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikenali sebagai ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990 telah mencipta satu sejarah besar zaman Prasejarah dunia. Ini kerana rangka ‘Perak Man’ merupakan penemuan pertama rangka manusia zaman Paleolitik di dunia yang dikebumikan dengan kaki terlipat dan mengalami kecacatan fizikal asal sejak lahir.

Rangka manusia istimewa ini telah dikebumikan bersama-sama alat-alat batu dan 8 spesies haiwan dengan penuh istiadat zaman Paleolitik. Ini membuktikan kepada kita manusia istimewa ‘Perak Man’ ini merupakan orang yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat pada masa itu



PERAK MAN

CIRI-CIRI PENEMPATAN

1. Hidup berpindah randah

2. Biasanya tinggal di kawasan terbuka ( di luar gua dan di sekitar tasek)



Rangka Perak Man

KEGIATAN DAN PERALATAN

1. Memburu binatang liar

2. Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun

3. mengamalkan cara hidup sara diri

4. Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian

Tinggal dalam gua

KEPERCAYAAN

1.Animisme

2.Mengamalkan acara perkuburan



Ilustrasi Perak Man

Kulit siput antara bukti menunjukkan adanya penempatan manusia di Gua Runtuh, Lenggong, Perak



Peralatan Perak Man





Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.

Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 154cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok.

Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.

Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

23 February 2010

Penemuan Zaman Prasejarah

Rangka manusia berusia 8,000 tahun ditemui
http://www.utusan.com.my/pix/2010/0207/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_11.1.jpg
AHMAD Said (kanan) mendengar penerangan tentang rangka manusia zaman Mesolitik daripada Penolong Pengarah Sejarah Muzium Terengganu, Rashid Hamat ketika melawat kawasan cari gali di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.


HULU TERENGGANU 6 Feb. - Satu penemuan rangka manusia yang disemadikan dalam keadaan meringkuk seperti bayi di dalam kandungan dipercayai berusia antara 8,000 hingga 11,000 tahun ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, November tahun lalu.
Dengan penemuan rangka manusia zaman prasejarah itu, ia membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia zaman Mesolitik di kawasan tersebut.
Semasa ditemui, rangka berada dalam posisi yang dipercayai merupakan cara masyarakat zaman tersebut mengkebumikan mayat.
Pakar Arkeologi daripada Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya rangka tersebut milik manusia berdasarkan ciri-ciri lengkap tulang yang ditemui sama dengan rangka manusia.
Bagaimanapun, katanya, jantina dan usia rangka manusia itu belum dikenal pasti.
"Rangka tersebut ditemui pada kedalaman 75 sentimeter dan ia merupakan penemuan terbesar selepas rangka pertama yang ditemui pada tahun 1975 di Gua Batu Tok Bidan berdekatan gua tersebut.
"Kesemua rangka yang hampir lengkap dari kepala hingga kaki itu ditemui dalam keadaan tulang telah patah dan pecah, oleh itu kita telah membawa rangka tersebut untuk analisis saintifik pada bulan lalu," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan bersama media di Tasik Kenyir di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah.
Mengulas lanjut, Nik Suhaimi yang bertindak sebagai penyelia kerja-kerja cari gali berkata, gua tersebut telah ditutup untuk sebarang lawatan dan kunjungan orang ramai bagi membenarkan kerja-kerja cari gali disambung semula bermula tiga minggu lagi.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ahmad berkata, Taman Burung yang terletak di Island Hopping dekat sini bakal dibuka pada bulan April ini.
Katanya, ia bakal menempatkan 40 spesies burung dan itik termasuk dari Belanda yang telah dibiak di Pengkalan Gawi dekat sini.
"Kerja-kerja pembinaan taman tersebut telah siap 80 peratus dan hanya menunggu masa untuk proses pelepasan burung-burung berkenaan.
"Kita yakin burung-burung tersebut sesuai hidup di taman berkenaan memandangkan kita telah berjaya membiakkan sebanyak 15 ekor anak itik Belanda di kawasan tersebut," jelasnya

Hari Ini Dalam Sejarah

Rangka manusia zaman Mesolitik ditemui di Gua Bewah
06/02/2010 6:50pm

HULU TERENGGANU 6 Feb. – Sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang menjalankan kerja-kerja ekskavasi di Gua Bewah, Tasik Kenyir sejak tiga bulan lepas, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik.
Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (Atma) UKM, Prof Datuk Dr. Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.
"Rangka prasejarah itu ditemui pada kedalaman 65cm hingga 70cm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.
"Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan media melawat ke gua berkenaan di sini hari ini.
Nik Hasan Shuhaimi berkata, penemuan rangka manusia prasejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyit pada 1975.
Beliau yang mengetuai kerja-kerja ekskavasi bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah dan 33 anggota cari gali lain berkata, ia adalah penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia. – Bernama
Add to Google  http://s9.addthis.com/button1-share.gif

Penjajahan di Tanah Melayu

Masih ramai individu yang kabur tentang bilakah tempoh secara rasmi British campurtangan di Tanah Melayu.Umum mengetahui bahawa Perjanjian Pangkor yang dimeterai di Perak pada tahun 1874 sebagai tempoh rasmi campurtangan British di Tanah Melayu walhal pada tahun 1786 pihak British sebenarnya telah bertapak lebih awal di Pulau Pinang dengan Francis Light sebagai pelopornya.Tempoh ini juga boleh dianggap sebagai salah satu campurtangan secara rasmi.....renungkanlah.

17 February 2010

Sejarah Tingkatan 5-Soalan Popular

1. Apakah peristiwa yang berlaku di Eropah yang mengubah dasar imperialisme Barat

di Asia Tenggara? (ms. 3 – KBKK Membuktikan Keesahan Maklumat).



A. Keruntuhan sistem feudal.

B. Pengenalan sistem birokrasi moden.

C. Revolusi perindustrian.

D. Dasar perluasan kuasa di Eropah



2. Daripada sudut geografi , Asia Tenggara menjadi tumpuan imperialisme Barat kerana (ms. 5 –

KBKK Memberikan Sebab)



I. kedudukannya di tengah laluan antara China dan India

II. kesuburan tanah dan iklim yang sesuai untuk pertanian

III. keluasan tanah untuk menjalankan kegiatan pertanian

IV. keadaan muka bumi yang rata untuk kawasan petempatan



A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I adan IV



3. Mengapakah China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat? (ms. 6 – KBKK Memberikan

Sebab)



A. Pencapaian awal dalam bidang sains.

B. Ketamadunan yang dimilki oleh penduduk tempatan.

C. Penduduk yang ramai untuk pasaran.

D. Kekayaan hasil buminya.











4. Kita di atas merujuk kepada (ms. 7 – KBKK Menghubungkait)



A. Sepanyol

B. Belanda

C. British

D. Perancis



5. Imperialisme Barat menjalankan perubahan sistem politik di negara yang dijajah

bertujuan (ms. 8 – KBKK Memberikan Sebab)



A. memperkenalkan birokrasi barat.

B. melicinkan perjalanan sistem pentadbiran.

C. menghapuskan pengaruh pentadbir tempatan.

D. menguasai ekonomi tanah jajahan.



6. Apakah kesan daripada tindakan Sepanyol menyatukan barangay-barangay menjadi

encomienda di Filipina? (ms. 9 – KBKK Membuat Kesimpulan)



A. Kegiatan ekonomi mengalami kemajuan.

B. Sistem pemerintahan tradisional merosot.

C. Pembesar tempatan semakin berpengaruh.

D. Kawasan penguasaan Sepanyol semakin luas.

7. Mengapakah Parti Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

(ms. 9 – KBKK Memberikan Sebab)



A. Peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran.

B. Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan penduduk tempatan.

C. Mendesak Belanda mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan.

D. Langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia.















8. Kesan daripada pengenalan kedua-dua akta di atas ialah (ms. 11 – KBKK Menghubungkait)



A. sistem pentadbiran tradisional lenyap

B. pengekalan sistem pentadbiran peringkat kampung

C. kewujudan kampung dapat dipertahankan

D. pengenalan sistem birokrasi barat di peringkat kampong



9. Mengapakah pengaruh golongan agama di Burma merosot di zaman penjajahan

British? (ms. 11 – KBKK Memberikan Sebab)



A. Golongan agama tidak dibenarkan terlibat sebagai pentadbir.

B. Rakyat tidak lagi menghormati golongan agama.

C. Sami Buddha berada di bawah naungan undang-undang Barat.

D. Golongan agama kehilangan kuasa ekonomi.



10. Golongan Mandrin yang menduduki pentadbiran di Vietnam sebelum kedatangan

Perancis dipilih melalui (ms. 11-KBKK Mengumpul maklumat)



A. perlantikan oleh pihak raja

B. peperiksaan dalam bidang bahasa China

C. pegundian oleh pihak rakyat

D. penguasaan mereka dalam bidang ekonomi















11. Maklumat di atas merujuk kepada ( ms. 12 – KBKK Mengumpul maklumat)



A. Sistem Pembesar Bergelar

B. Sistem Pembesar Berganda

C. Sistem Pembesar Berjawatan

D. Sistem Pembesar Empat Lipatan



12. Antara langkah yang diambil oleh Raja Thai untuk mengekalkan kemerdekaan Thai ialah (ms.

13 – KBKK Menyenarai)



A. melantik penasihat Barat

B. menghalang kemasukan pengaruh Barat

C. memantapkan pemerintahan beraja

D. mengukuhkan sistem pertahanan negara











13. Maklumat di atas merujuk kepada (ms. 15 – KBKK Mengumpul maklumat)



A. Sistem Polo

B. Sistem Tanaman Paksa

C. Sistem Ekonomi Perdagangan

D. Sistem Kerahan Tenaga



14. Apakah kesan daripada tindakan penjajah Barat melonggarkan kemasukkan imigran?

(ms. 15 – KBKK Membuat Inferens)



A. Penduduk Asia Tenggara bertambah

B. Buruh mudah diperolehi dengan murah

C. Ekonomi tempatan dikuasai oleh pendatang

D. Ketidakseimbangan jumlah penduduk tempatan dan pendatang





15. Bukti ketidakjujuran imperialsime Barat dalam tugas mentamadunkan penduduk Asia

Tenggara ialah (ms. 15 – KBKK Membuktikan Keesahan Maklumat)



I. tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal

II. diskriminasi dan eksploitasi terhadap penduduk tempatan

III. hasil tempatan dikuasai untuk kepentingan mereka

IV. peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara



A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV













16. Mengapakah ini boleh terjadi? (ms. 15 – KBKK Membandingkan)



A. Mengugat kedudukan agama tempatan

B. Ramai penduduk Filipina menganut agama Kristian

C. Pemimpin agama tempatan kehilangan kuasa

D. Penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua













17. Tokoh yang dimaksudkan ialah (ms. 16)



A. Jose Rizal

B. Andres Bonifacio

C. Emilio Aguinaldo

D. Sergio Osmena

18. Pengenalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat nasionalisme di

kalangan penduduk tempatan. Mengapa? (ms. 16 – KBKK Memberikan Sebab)



I. Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan.

II. Peluang pendidikan hanya pada peringkat rendah.

III. Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk dandar.

IV. Pendidikan barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional.



A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV



19. Apakah tindakan yang dijalankan oleh penjajah Belanda di Indonesia untuk memecahkan

perpaduan di kalangan rakyat tempatan? (ms. 16 KBKK-Memberikan sebab )



A. Melaksanakan dasar pecah dan perintah.

B. Mengasingkan anak golongan priyayi dalam pendidikan.

C. Mengamalkan sikap pilih kasih melantik pegawai pentadbir.

D. Mejalankan pembangunan yang tidak seimbang.



20. Apakah peranan sistem pengangkutan dan perhubungan dalam perkembangan

gerakan nasionalisme di Asia Tenggara? (ms. 17 – KBKK menganalisis)



I. Memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis.

II. Mempercepatkan penghantaran maklumat berkaitan penjajah.

III. Pertemuan pemimpin dapat dijalankan di merata tempat.

IV. Pemimpin mudah bertemu untuk membincangkan idea nasionalisme.



A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV



21. Negara-negara di Asia Tenggara merasakan mereka mampu mengalahkan kuasa Barat. Perasaan ini muncul kesan daripada (ms. 17 –KBKK Mengumpul Maklumat)



A. kemampuan Thailand mengekalkan kemerdekaannya.

B. keupayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia

C. kemunculan golongan berpendidikan Barat.

D. kejayaan Filipina mengusir Sepanyol.



22. Ciri persamaan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dalam Tahap Pertama ialah (ms. 18 –

KBKK Membanding)



I. penentangan bersifat setempat

II. gerakan tidak berorganisasi

III. menekankan kesedaran politik

IV. dipimpin oleh golongan bangsawan



A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV





23. Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara telah berubah kepada gerakan bercorak radika

pada Tahap Kedua. Perubahan ini berlaku kerana (ms. 18 – KBKK Memberikan Sebab)



A. pertambahan bilangan nasionalis yang berpendidikan tinggi.

B. penjajah bertindak menangkap pemimpin nasionalis.

C. terpengaruh dengan gerakan radikal di luar negara.

D. gerakan tahap pertama tidak meninggalkan kesan kepada penjajah.



24. Isu yang diperjuangkan oleh Gerakan Dakyah di Filipina ialah (ms. 18-KBKK Mengumpul Maklumat)



I. menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

II. bangsa Filipina diberi tempat dalam pentadbiran.

III. hak bersuara diberikan kepada bangsa Filipina

IV. bangsa Filipina berhak sama seperti bangsa Sepanyol



A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV



25. Mengapakah isu pendidikan menjadi tumpuan nasionalis di Indonesia pada Tahap Pertama? (ms. 19 – KBKK Memberikan Sebab)



A. Kadar buta huruf yang tinggi di kalangan penduduk.

B. Kesempatan pendidikan di Indonesia hanya untuk golongan elit.

C. Pengenalan pendidikan Barat menyebabkan pendidikan tradisional terabai.

D. Pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.



26. Apakah matlamat penubuhan Muhammadiyah?(ms. 20 – KBKK Menyenarai)



I. Menerapkan nilai Islam dalam kehidupan.

II. Mempertahankan nilai kehidupan Islam.

III. Menyebarkan Islam yang sebenar.

IV. Menghindari ancaman sekularisme barat.



A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV



27. Gerakan nasionalisme oleh golongan bangsawan dan pegawai Mandrin di Vietnam

bermatlamat (ms. 20-KBKK Mengumpul maklumat)



A. mengekalkan kedudukan mereka dalam pentadbiran.

B. memulihkan sistem pemerintahan beraja.

C. mempertahankan penguasaan ekonomi.

D. menjamin pengekalan nilai hidup tradisional.



28. Apakah intipati laporan Montagu-Chelsford yang mencetuskan gerakan nasionalisme bersifat

radikal di Burma ialah (ms. 21 – KBKK Memberikan Sebab)



A. Pemisahan Burma daripada India.

B. Ketidakmampuan Burma mentadbir sendiri negaranya.

C. Pentadbiran beraja di Burma perlu dipertahankan.

D. Perlu ada pegawai British dalam pentadbiran Burma.





29. Thailand telah bekerjasama dengan Jepun. Hasil daripada kerjasama ini ialah (ms. 22 – KBKK

Menganalisis)



A. Thailand tidak dijajah oleh Jepun.

B. Jepun berjanji membantu Thailand daripada ancaman Barat.

C. Thailand mendapat semula wilayahnya di Indochina danTanah Melayu.

D. Jepun bersedia memajukan ekonomi Thailand.











30. Ciri-ciri persamaan parti politik di atas ialah (ms. 19/22 – KBKK Membandng)



I. kemerdekaan melalui revolusi

II. penubuhan kerajaan berbentuk republik

III. pemimpin berhaluan sederhana

IV. bekerjasama dengan penjajah



A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

E. I dan IV









1. Revolusi Perundustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah dasar imperialisme

Barat di Timur.



a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep imperialisme?



………………………………………………………………………………

(1 markah)

b). Barat sering mengaitkan konsep tamadun dengan dasar imperialisme mereka.

i). Nyatakan slogan yang digunakan oleh British dan Belanda.



……………………………………………………………………………

(1 markah)

ii). Nyatakaan dakwaan tanggungjawab Perancis.



…………………………………………………………………………...

(1 markah)

c) Nyatakan DUA keperluan perindustrian yang mendorong kepada

perluasan imperialisme.



i) …………………………………………………………………………..



ii) …………………………………………………………………………..

(2 markah)

d) Nyatakan DUA kesan pembukaan Terusan Suez terhadap perluasan

imperialisme Barat.



i)……………………………………………………………………………..



ii) ……………………………………………………………………………. (2 markah)

e) Nyatakan TIGA langkah yang diambil pemerintah Thailand untuk kekalkan

kemerdekaannya.



i) ………………………………………………………………………………



ii). ………………………………………………………………………………



iii) ……………………………………………………………………………….

(3 markah)



2. Sikap penjajah telah mengwujudkan perasaan benci membenci yang akhirnya mencetuskan nasionalisme di kalangan bangsa yang dijajah.



a) Apakah Nasionalisme?



……………………………………………………………………………………….

(1 markah)

b) Nyatakan TIGA peranan sistem pengangkutan dan perhubungan le arah kemunculan

gerakan nasionalisme.



i) ………………………………………………………………………………………



ii) ………………………………………………………………………………………



iii) ………………………………………………………………………………………

(3 markah)

c) Nyatakan TIGA isu yang diberikan tumpuan dalam gerakan nasionalisme Tahap

Pertama di Asia Tenggara.



i) ………………………………………………………………………………………



ii) ………………………………………………………………………………………



iii) ………………………………………………………………………………………

(3 markah)

d) Senaraikan TIGA iktibar yang dapat diperolehi daripada gerakan nasionalisme

di Asia Tenggara.



i) ………………………………………………………………………………………



ii) ………………………………………………………………………………………



iii) ………………………………………………………………………………………

(3 markah)











1. a) Apakah yang anda faham dengan konsep imperialisme?

(4 markah)



b) Bincangkan keistimewaan yang dimiliki oleh Asia Tenggara yang menarik

minat imperialisme Barat. (6 markah)





c) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat ke Asia

Tenggara. (10 markah)





2. Penjajah telah memperkenalkan perubahan di kawasan yang mereka kuasai.

Perubahan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk

tempatan yang akhirnya mencetuskan semangat nasionalisme.



a) Bincangkan kesan perubahan politik yang diperkenalkan oleh penjajah Barat.

(8 markah)



b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme

di Asia Tenggara. (12 markah)

16 February 2010

Kaedah Sejarah

KAEDAH: LAWATAN KE MUZIUM




Pengenalan.



Lawatan ke Muzium meruapakan salah salah satu daripada banyak kaedah pengajaran mata pelajaran Sejarah. Sebelum sesuatu lawatan dilakukan rancangan dan persiapan rapi dan teliti hendaklah disediakan supaya program berjalan licin tanpa sebarang masalah yang timbul. Belajar sambil melawat ke Muzium ini memberikan kesempatan dan peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman serta mengalami keadaan sebenar. Ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk lebih memahami dan menghayati Sejarah negara sendiri dan mendedahkan diri kepada suasana penyelidikan persejarahan.



Pelajar yang mengikuti lawatan ke Muzium ini lebih berkemahiran dalam bidang penyelidikan sejarah seperti kemahiran merancang, menyusun dan mengumpul koleksi-koleksi penerangan dan maklumat sejarah. Daripada lawatan ini akan menyusul pula perbincangan dan diikuti dengan menyediakan laporan lengkap dan berguna kepada pelajar sebagai bahan rujukan. Muzium merupakan bangunan yang menyimpan, memelihara, mengkaji, dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni dan saintifik. Lawatan ke Muzium memberikan peluang kepada pelajar melihat sendiri barang-barang pameran yang terdapat di dalam bangunan itu. Lawatan yang berjaya akan memberikan kesan kepada pengalaman pembelajaran pelajar.



Fungsi Muzium



Muzium merupakan gedung penyimpanan bahan-bahan bersejarah yang boleh dinikmati oleh orang ramai dan bertindak sebagai badan penyebar ilmu pengetahuan misalnya melalui pameran-pameran harian dan pameran yang khas, seperti pameran barang-barang sejarah dari luar negara. Terdapat banyak muzium di Malaysia misalnya Muzium Negara dan Muzium-muzium di setiap negeri, Muzium Tentera, Muzium Polis dan sebagainya. Selain itu, muzium menjadi tempat pemelihara nilai-nilai kebudayaan bangsa. Terdapat pelbagai barang-barang yang tinggi nilai seni yang melambangkan kebudayaan negara ini tersimpan di muzium-muzium seperti pakaian tradisi, senjata tradisi seperti keris, lembing, badik, dan sebagainya.



Selain itu juga, muzium merupakan satu tempat yang sesuai untuk menjalankan penyelidikan kerana terdapat banyak khazanah sejarah yang penting disitu. Pelbagai maklumat penting dapat diperolehi daripada muzium. Oleh itu, lawatan ke muzium merupakan satu kaedah yang berkesan dimana pelajar mendapat maklumat berkaitan pelajaran secara terus. Bagi pelajar-pelajar yang pernah membuat penyelidikan akan mengalami peristiwa yang boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran kepada mereka. Disamping meningkatkan ilmu pengetahuan pengunjung secara tidak lansung pihak muzium memupuk kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan kebudayaan bangsa sendiri serta meningkatkan semangat cintakan negara dan khazanahnya.



Objektif Lawatan Ke Muzium



Mengapakah perlunya pelajar-pelajar melawat ke muzium? Pembelajaran di dalam kelas adalah bersifat teori dan abstrak, yang memerlukan kepada daya pemikiran imaginatif. Apabila guru menerangkan sesuatu perkara pelajar hanya diberikan gambaran dan memerlukan daya imaginasi untuk membayangkannya. Dengan lawatan ke Muzium pelajar-pelajar berpeluang melihat dengan mata kasar sendiri dan secara dekat bahan-bahan pameran yang ada kaitan dengan pembelajaran, dan sebagai bonus bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Terdapat banyak perbezaannya antara berimaginasi (abstrak) dengan melihat secara lansung (konkrit) dan ini akan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap subjek Sejarah. Di dalam muzium awam terdapat pelbagai tinggalan sejarah, barang-barang antik, benda yang aneh atau luar biasa.



Selain itu, objektif lawatan ini ialah untuk memberikan satu kelainan dalam kaedah pembelajaran yang tidak lagi berlaku di dalam kelas sahaja. Pembelajaran hari ini bukan sahaja boleh berlaku dalam kelas tetapi pembelajaran boleh berlaku ditempat-tempat lain juga misalnya di muzium ini. Pembelajaran sebegini memberikan ruang dan suasana yang berbeza dan menarik minat pelajar-pelajar disamping pendedahan terhadap maklumat secara terus. Lawatan ke muzium merupakan satu perubahan yang baik untuk memberikan kefahaman terhadap pelajar tentang peristiwa masa lalu dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini akan membuka minda pelajar-pelajar dan membentuk fakulti keintelektualan dalam diri mereka.

Kekuatan Kaedah



Kaedah lawatan ke muzium ini mempunyai beberapa kelebihan tertentu. Para pelajar akan melalui pengalaman yang berharga semasa lawatan kerana secara langsung mereka mendapat pelbagai maklumat-maklumat penting. Pengalaman merupakan hal yang paling bernilai dan guru yang paling baik adalah pengalaman diri sendiri kerana pengalaman membawa seseorang secara terus terhadap perkara yang dibincangkan, difikirkan, diminati, dan seumpamanya. Pengalaman yang berguna menjadi asas kepada pelajar untuk menghadapi keadaan-keadaan yang lain dengan kegiatan-kegiatan lain kemudiannya.



Selain itu, kaedah ini akan membuat pelajar lebih sedar terhadap persekitaran sejarah. Aktiviti lawatan itu akan mengubah corak pemikiran mereka dengan sikap-sikap yang lebih matang. Mereka mula memahami pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru mereka dan akan meningkatkan kemahiran belajar dan minat terhadap mata pelajaran sejarah. Jika sebelum ini pembejaran di dalam kelas membosankan, dengan adanya lawatan ke muzium pelajar-pelajar akan lebih seronok dengan bahan-bahan sejarah yang dilihatnya. Mereka akan lebih teruja untuk mempelajari sejarah dalam masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat membentuk nilai dan sikap patriotik dikalangan pelajar-pelajar. Mereka menyayangi khazanah-khazanah berharga dan sekaligus menghargai sejarah bangsa mereka sendiri.



Selain itu, lawatan ke muzium ini akan memberikan satu pendedahan baru kepada pelajar dan bertujuan memupuk keperibadian seorang penyelidik sejarah. Ini akan mendedahkan pelajar-pelajar tentang kaedah untuk menganalisis, merumus, dan menilai fakta-fakta sejarah yang diperolehi mereka. Ini merupakan satu latihan kepada mereka dalam proses membuat sesuatu kajian yang perlu mereka ketahui. Langkah-langkah tersebut akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang dipelajari di dalam kelas dan melalui buku teks. Muzium memberikan gambaran yang konkrit dan kerana itu muzium dapat menjadi media pendidikan yang efektif.



Kelemahan Kaedah



Selain kelebihan-kelebihan yang ada, kaedah lawatan ke muzium juga memiliki beberapa masalah ataupun kekurangan-kekurangannya. Belajar sambil melawat memerlukan satu perancangan yang teliti dan baik untuk menjayakannya. Ini bertujuan supaya objektif lawatan dan matlamatnya tercapai dan tidak sekadar pergi membuang masa sahaja. Sekiranya perancangan dibuat sambil lewa boleh menjejaskan kualiti lawatan ke muzim dan menjadikan lawatan ke muzium sesuatu yang hambar dan tidak berfaedah kerana objektif yanf ditetapkan tidak terlaksana. Walau bagaimanapun, lawatan tetap berlaku cuma sekadar mencari keseronokkan.



Selain itu, lawatan ke muzium memerlukan kos yang tinggi jika melibatkan muzium-muzium yang jaraknya jauh dan sekiranya lawatan berlangsung beberapa hari ia mengambil masa yang lama disamping banyak prosedur yang perlu dilakukan. Guru terpaksa mendapatkan kelulusan pihak-pihak tertentu seperti pengetua dan ibu bapa dan juga bertanggungjawab terhadap keselamatan dan makan minum pelajar-pelajar. Perkara-perkara sebegini perlu diatasi dan diuruskan dengan cekap untuk menjayakan misi lawatan tersebut.



Pihak muzium juga akan mengalami beberapa kesulitan dalam sesuatu lawatan kerana pihak muzium tidak mampu melayani sekaligus kelompok pelajar yang besar terutamanya dalam persoalan perbincangan tentang bahan pameran. Oleh itu, penggunaan muzium adalah terbatas kepada sekolah kerana membawa kelompok pelajar yang besar ke dalam muzium adalah tidak mungkin. Dan kunjungan hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam setahun untuk mengelakkan gangguan terhadap waktu pembelajaran dalam kelas dan lawatan ini mestilah disertakan dengan kegiatan-kegiatan pembelajaran yang efektif dan berguna.



Dari segi pembelajaran, pelajar-pelajar akan kurang berminat terhadap pembelajaran dalam kelas kerana tidak berminat mendengar guru mengajar dan sebaliknya suka kepada aktiviti lawatan yang telah mereka lalui itu. Perhatian dan tumpuan dalam kelas makin berkurangan kerana terpengaruh dengan lawatan ke muzium. Mereka lebih berminat sekiranya perkara yang diajar itu disertakan dengan bukti-bukti konkrit di depan mata. Ini akan mengganggu tumpuan pembelajaran mereka. Oleh itu, sumber atau bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik.



Strategi Perlaksanaan



Lawatan ke muzium boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar kerana aktiviti seperti ini memberikan keseronokkan disamping pelbagai maklumat baru dan meninggalkan kesan kepada pelajar-pelajar. Untuk menjadikan sesuatu lawatan itu berjaya dan lebih bermakna ia perlulah disepadukan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah. Ini untuk mengaitkan dan membuktikan kepentingan mempelajari sejarah. Terdapat dua pembahagian melalui kaedah lawatan ke muzium ini iaitu peringkat sebelum dan selepas lawatan dilakukan.



a) Sebelum Lawatan



Perkara paling penting dalam proses lawatan ke muzium ialah kemahiran pelajar-pelajar mengumpul dan merekod data-data serta maklumat. Namun, sebelum sesuatu lawatan dilaksanakan beberapa perkara perlu dilakukan oleh guru dan pelajar-pelajar untuk menjayakan program. Guru perlulah membuat keputusan tentang tujuan lawatan itu. Setiap peraturan yang ditetapkan pihak sekolah dan pihak Jabatan Pendidikan hendaklah dipatuhi. Program pendidikan luar memerlukan penumpuan yang lebih kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan keselamatan pelajar dan keselamatan peralatan. Guru perlu memaklumkan program yang mahu dibuat kepada ibu bapa tentang tujuan, kos dan lain-lain.



Persediaan-persediaan lain perlu disiapkan dengan teliti untuk memastikan matlamat lawatan tercapai. Taklimat kepada peserta adalah penting untuk memberitahu peranan dan tugasan mereka semasa lawatan nanti. Guru menyediakan beberapa tajuk dan dikelompokkan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan untuk setiap tugasan yang perlu mereka laksanakan. Pastikan pelajar-pelajar fahami secara jelas objektif lawatan itu. Ini bertujuan menjadikan lawatan ke muzium ini memberikan kesan yang dikehendaki dan mencapai matlamat yang ditetapkan.



b) Selepas Lawatan.



Aktiviti selepas lawatan merangkumi usaha-usaha mentafsir, menganalisis segala maklumat yang telah dikumpulkan dan proses penilaian terhadap tugasan yang dibuat pelajar-pelajar oleh guru penyelia. Ini merupakan peringkat pembelajaran yang penting apabila pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah penyelidikan yang menggalakkan proses pemikiran kreatif dan kritis. Pelajar-pelajar mendapat dua pengalaman dalam lawatan ke muzium iaitu pengalaman sebagai pemerhati dan sebagai peserta dimana gabungan keduanya ini boleh mengayakan pengalaman pelajar-pelajar.

Selain itu, guru boleh meningkatkan tahap penguasaan ilmu pelajar terhadap topik pembelajaran dengan menyuruh mereka mencari maklumat-maklumat tambahan dengan merujuk sumber-sumber yang lain. Setiap maklumat yang didapati perlulah diproses oleh pelajar-pelajar dan membuat pnghuraian dan kesimpulan berdasarkan maklumat itu. Sekiranya terdapat isu-isu yang kurang difahami dan mengelirukan satu perbincangan lanjut perlulah dilakukan bersama-sama guru dan setiap hasil yang diperolehi oleh pelajar perlulah dipersembahkan kepada kelas. Ini bertujuan memberi kesan yang lebih baik dengan pandangan dan ulasan rakan-rakan pelajar. Hasil kajian melalui lawatan itu perlulah disediakan oleh pelajar sama ada dalam bentuk laporan kajian, karangan dan persembahan lisan.



Kesimpulan



Kaedah lawatan muzium yang menjadi salah satu daripada kaedah pengajaran sejarah ini berupaya meningkatkan minat dan kefahaman pelajar-plajar terhadap mata pelajar sejarah. Ini memberikan satu lagi dimensi dalam pendidikan sejarah kepada pelajar-pelajar dan sebagai satu alternatif pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Menerusi lawatan ini pelajar-pelajar mampu membina corak pemikiran yang lebih terbuka, toleransi dan lebih matang. Pelajar-pelajar didedahkan dengan nilai-nilai sejarah dan kebudayaan yang bernilai terutamanya dlam penyelidikan. Selain itu, pelajar sendiri telah melibatkan diri dalam kaedah penyelidikan yang melibatkan pemerhatian, pengumpulan maklumat, mentafsir maklumat, penulisan dan sebagainya.





Lampiran: Contoh bahan yang dipamerkan di Muzium.





G1: Batuan G2: Senjata Tradisional





G3: Barangan Tembaga & Logam G4: Muzium Diraja Perak, Kuala Kangsar







G5: Shiling Lama G6: Barangan Tembikar (Pottery)







DISEDIAKAN OLEH:

MOHD ZAHIRUDDIN BIN AB. SAMAT

D20031016054

Inilah sahaja yang aku mampu buat, kalau ada kekurangan jangan marah ek……